Jumaat, 4 Mac 2011

Ada apa dengan cinta?

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful....

Pada pendapat ana, perkataan cinta merupakan satu ungkapan yang selalu disebut seseorang kepada sesiapa yang sayangi untuk menggambarkan perasaan sayang yang sudah mula terpancar di hatinya. Perkataan cinta ini selalu digunakan bagi insan yang berkasih sayang termasuklah kasih sayang terhadap Allah dan rasulNya, ibu bapa, di antara suami dan isteri, kasih sayang terhadap tunang dan kekasih. Namun, sejauh mana cinta ini bakal memberi kesan kepada jiwa seseorang?

Ketahuilah bahawa perasaan cinta  boleh terbahagi kepada dua skop utama, iaitu perasaan kasih sayang yang diredhai Allah dan perasaan kasih sayang yang dimurkai Allah. Kedua-dua berlaku bergantung pada insan dan golongan yang terlibat. Jika kena caranya, maka redha Allah bakal menemani perhubungan ini. Jika tidak betul caranya, maka murka Allah bakal mengiringi.

Sekarang ana akan mengupas hal ini secara terperinci...

1) Cinta kepada Allah dan rasulNya

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali 'Imran ayat 31:
         Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, 
        ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni 
        dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Ayat di atas memberitahu kita bagaimana cara untuk kita, sebagai hamba Allah untuk membuktikan rasa cinta kita kepada Allah S.W.T, yakni Tuhan Yang Maha Mencipta.
Jika seseorang mencintai Allah, dia akan berusaha untuk mengikuti ajaran Rasulullah S.A.W sedekat yang mungkin baik dari segi ibadah, akhlak, undang-undang @ hukum-hakam dan seluruh aspek kehidupan kerana ajaran Islam yang dibawa dan diseru Nabi Muhammad S.A.W bersifat menyeluruh. Ketahuilah bahawa hanya kerana itu, para sahabat rela mempertaruhkan nyawa mereka sebagai bukti mereka benar-benar mencintai Allah dan rasulNya. Hal ini berlaku kerana kesan daripada penghayatan dan keyakinan mereka terhadap Allah dan ajaran yang dibawa Rasulullah.
"Islam itu hebat. Tidak akan mampu memikulnya melainkan orang-orang yang hebat. Maka jadilah kamu orang yang hebat itu." 
Kata-kata di atas dipetik daripada ucapan seorang syahid Palestin Sheikh Muhannat At-Tohir yang berucap pada hari sehari sebelum kesyahidannya. Pernahkah anda terfikir apakah yang cuba beliau sampaikan melalui tiga ayat ringkas tetapi membawa makna yang padat dengan penghayatan ini?

BERSAMBUNG....