Rabu, 2 Mac 2011

Dalil kelebihan solat Tahajjud


Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

KURNIAAN DI DUNIA IALAH:

- Jauh daripada segala penyakit.
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
- Percakapannya mengandungi hikmah.
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:

- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Tiada ulasan: