Selasa, 1 Mac 2011

Islam agama sejahtera

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful...

Seinfiniti kesyukuran kuucapkan kehadrat pemilik segala pemilik,Allah S.W.T kerana masih mengizinkan diriku bernafas di bumiNya yang serba indah namun terselit duri pancaroba yang tersembunyi hikmahnya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, pemimpin agung Nabi Muhammad S.A.W kerana usaha keras baginda akhirnya nikmat Islam dan Iman sampai kepada umat Islam pada hari ini seterusnya ahlul bait, para sahabat, para tabi' in, para pejuang agama Allah, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat serta seluruh umat Islam yang masih teguh mempertahankan syari'at Allah di muka bumi sehingga ke hari pembalasan...

Pernahkah kita terfikir mengapa Nabi Muhammad S.A.W tetap terus menyampaikan risalah Allah meskipun baginda dikecam pihak kafir Quraisy pada ketika itu?
 Sekarang, marilah kita telusuri maksud firman Allah S.W.T ini.
" Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman. "
(Surah At-Taubah,9 : 128)
Ayat " telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri" memberitahu kita tentang insan yang bernama Muhammad adalah seorang utusan Allah. Baginda berasal daripada golongan manusia bukan malaikat dan bukan pula jin. Di sini, terdapat hikmah Allah mengutus Nabi Muhammad S.A.W( seorang manusia). Cuba kita fikirkan bagaimana seandainya seorang rasul itu adalah daripada golongan para malaikat dan jin. Percayalah kata ana bahawa pasti kita akan bertebaran lari. Paling tidak pun, susah bagi kita untuk mempraktikkan amal ibadah kerana dari segi kejadian penciptaan pun sudah terang lagi bersuluh, mereka sangat berbeza dengan kita. Manusia berasal daripada Nabi Adam A.S dan Nabi Adam berasal daripada tanah. Maksudnya hakikat kejadian manusia berasal daripada tanah manakala Malaikat diciptakan daripada cahaya dan Jin diciptakan daripada api. Oleh itu, kehadiran Nabi Muhammad S.A.W sebagai penyampai risalah adalah sangat sesuai dan tepat kerana manusia lebih mudah berinteraksi dengan makhluk yang sama kejadian dengannya.

"...berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami,(dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu..." Penderitaan...apakah penderitaan yang dimaksudkan? Cuba bayangkan apakah yang bakal terjadi jika Islam tidak sampai kepada kita sehingga ke hujung nyawa? Ke nerakalah jawabnya kerana syarat untuk masuk ke syurga adalah kalimah tauhid " La ilaaha illallah." Oleh kerana hal inilah Nabi Muhammad S.A.W tetap terus menyampaikan risalah Allah walaupun pelbagai bentuk penentangan telah baginda terima daripada pihak musuh. Cuba beritahu apa lagi yang nabi tidak pernah terima? Baginda dipinggirkan, dikatakan gila, dibaling dengan batu, sampah, najis dan dicederakan sehingga ada yang merancang untuk membunuh baginda yang akhirnya membawa kepada peristiwa hijrah. Namun, ketahuilah bahawa Allah adalah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung. Segalanya berjalan lancar atas izin Allah... 

Kini...apakah yang berlaku kepada umat Islam? Ketahuilah wahai saudari seaqidahku bahawa kita sekarang berada dalam zaman jahiliah era moden dan globalisasi, dunia tanpa sempadan. Memang jelas sudah tidak bersempadan. Menuntut ilmu sudah dipandang ringan. Kebanyakan manusia belajar kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan, inginkan banglo besar, kereta besar dan perut yang besar. Halal dan haram sudah tidak diteliti. Maksiat banyak dapat diperhati. Kebanyakan anak sudah ramai yang menjadi majikan ibu bapa. Ibu bapa disuruh melakukan arahannya seperti tuan menyuruh kepada hambanya. Keadilan tidak lagi tertegak. Jenayah sudah berleluasa dan nasib saudara seagama tidak dibela. Yang miskin makin  melarat lagi merempat. Yang kaya bertambah tamak dengan harta. Kesejahteraan tidak lagi dapat dilihat kerana kebanyakan umat manusia era ini tidak mengambil syari'at Islam secara keseluruhan. Islam hanya digunakan untuk keperluan peribadi dan untuk keuntungan diri sendiri. Apakah??????

Tiada ulasan: