Khamis, 14 Oktober 2010

22 tahun 15 hari sudah bernafas

Hari ini…
Genaplah 22 tahun 15 hari umurku
Sepanjang meniti usia ini
Telah banyak kerosakan mewarnai Bumi
Kadangkala diriku berasa hairan
Mengapa sampai begini jadinya, Ya Allah?
Hati manusia sudah ketandusan kasih sayang
Manusia sudah hilang kesantunan
Hukum Allah dibuat mainan
Sunnah Rasul dipertikai
Para sahabat dijadikan bahan hinaan…

Makhluk apakah ini, ya Allah?
Diriku tidak mampu membendungnya
Apatah lagi menghapuskannya
Peliharalah diriku, ibu bapaku, sahabat-sahabatku dan ummat Islam keseluruhannya
Daripada kehancuran ini
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami
Peliharalah seluruh jiwa dan raga kami
Daripada perkara yang kadangkala dilihat baik tetapi hakikatnya dosa
Sesungguhnya kami tidak mengetahui.

Tiada ulasan: