Khamis, 14 Oktober 2010

Adakah masih wujud insan seperti ini....?

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful….
Hampir semua parking lot di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir telah dipenuhi kereta para guru. Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir mendapat namanya sempena nama seorang ulama’ yang menubuhkan sebuah sekolah agama rakyat Ma’ahad Al-Ehya’ As-Syariff di Gunung Semanggol dan banyak pertandingan yang berkaitan keagamaan telah dimenangi seperti nasyid, marhaban, tilawah Al-Quran,hafazan Al-Quran dan Syarahan.Maka tidak hairanlah jika ada yang menggelarkan sekolah ini sebagai sekolah agama sedangkan sekolah tersebut hanya mempunyai aliran arab.
Suasana pagi itu kelihatan cerah dan menenangkan bagi sesiapa yang selalu berbicara dengan penciptaNya melalui alam.Namun tidak kepada kebanyakan pelajar yang sudah berada di dataran pelajar kerana sebentar lagi perhimpunan akan diadakan. Perhimpunan akan diadakan setiap hari Isnin pada setiap minggu. Masa perhimpunan merupakan satu tempoh masa yang tidak disukai pelajar kerana terlalu lama berdiri dan ucapan guru yang membosankan. Sesekali terdengar keluhan dan suara tidak puas hati para pelajar.
“ Di kesempatan ini, saya ingin menjemput tenaga pengajar baru kita untuk memperkenalkan dirinya. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. “ Kedengaran suara guru bertugas minggu tersebut memecah corong pembesar suara.
Semua mata tertumpu ke arah pentas iaitu tempat guru bertugas tadi berucap. Kini, microfon sudah bertukar tangan.
“Nau’dzubillahi minassyaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim.Innalhamdalillah nahmaduhu wanastai’nuhu wanastaghfiruh.Wanau’dzubillahi min syuruuri anfusina wamin sayyiati aa’malina man yahdihillah fala mudhillalah.Waman yudlil fala haadiyalah. Wa asyhaduallaailaaha illallah wahdahu la syariikalah wa asyhaduannamuhammadan a’bduhu warasuuluh. Qala rabbi syrahli sadri wayassirli amri wahlul u’qdatam millisaani yafqahu qauli. Qul in kuntum tuhibbunallaha fattabiu’ni yuhbibkumullahu wayaghfirlakum dzunubakum wallahu ghafuururrahim waba’du. Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah nama diberi Nur Farhana Najihah Binti Nuh Faatihunna’im. Berasal dari Kuala Kangsar dan kini tinggal di sebuah rumah di Taman Serai Zamruud. Graduasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Major dalam pendidikan Sains, minor dalam Pengajian  Islam dan psikologi sebagai subjek pilihan. Insya-Allah…saya akan mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta merangkap pembantu kaunselor di sini.Saya harap semua guru dan pelajar dapat memberikan kerjasama kepada saya seandainya diperlukan. Wallahu a’alam.” Cikgu Farhana terus mengambil tempat duduknya kembali.
Kedengaran suara sorakan para pelajar lelaki.Ada yang bertanya tentang umur dan ada yang bertanya tentang status perkahwinan. Para pelajar perempuan seolah-olah terkedu dengan ucapan guru baru sebentar tadi. Masing-masing diam tidak berkata sedangkan tadi mereka sibuk mengumpat pengetua yang tidak habis-habis mengulang perkataan “didapati” dalam setiap ayat ucapannya. Setelah larangan ke tapak projek pembinaan dewan utama yang baru bermula pada hari Sabtu lalu disuarakan, semua guru bersurai manakala para pengawas sudah memulakan pemeriksaan pakaian para pelajar. Semua pelajar masuk ke kelas dan  melakukan kerja masing-masing. Ada yang membaca terjemahan Al-Quran. Ada yang berbual kosong kemudian ketawa berdekah-dekah dan tidak kurang juga yang bergosip.
“Minta-mintalah cikgu baru tu yang mengajar kita.” Tiba-tiba Yusra bersuara.
“Kenapa pulak?” tanya Rohana pelik.
“Entahlah…tapi macam ada something pada cikgu tu yang tak ada pada cikgu lain.”
“Apa yang lainnya? Aku rasa macam biasa saja. Nak kata cantik, rasanya cantik lagi cikgu Rozana. Kulit putih bersih dan bergaya. Meletup gitu.”
“Cik Rohana oii…itu luaran saja. Walaupun kulitnya taklah cerah benar tapi suara dan cara dia bercakap boleh menenangkan jiwa yang mendengar. Rasanya cikgu tu kacukanlah sebab muka dia macam pelakon Hindustan. Apa nama pelakon yang menyanyi lagu Har Dil Jo Pyar Karega?”
“Maksud kau Rani Mukhirjee?” Berderai tawa Rohana namun hanya seketika saja kerana terdengar suara orang memberi salam. Mata mereka terus tertumpu ke arah suara yang memberi salam.
“ Alhamdulillah…doaku termakbul.” Yusra bersyukur kemudian menjawab salam yang tidak sempat dijawabnya sebentar tadi kerana terpempan.
“ Kamu semua masih di sini? “ Soalan Cikgu Farhana memecah kebisuan para pelajar kelas tingkatan 5 Arab Sains (5ASC) yang kelihatan seperti patung memandang ke arahnya.Terkejut barangkali. Kemudian berderai tawa pelajar kelas itu kerana tidak menyangka soalan itu menjadi soalan pertama untuk mereka setelah guru baru itu menjejakkan kaki ke kelas mereka. Kening sebelah kanan Cikgu Farhana terangkat.Mungkin hairan dengan tindak balas para pelajar di hadapannya.
“Alhamdulillah…masih di sini.” Akhirnya Yusra bersuara dengan suara tawa yang masih bersisa.
“Boleh saya tanya sikit. Memang pelajar sekolah ni belajar dalam keadaan berdiri ek?” Riuh kembali kelas itu dengan suara tawa penghuninya.
“Tak adalah, cikgu.”Kini Rohana pula bersuara.
Akhirnya mereka duduk setelah menyedari guru baru mereka itu sedang memerli.
“ Seperti yang sedia kamu maklumi, saya merupakan guru baru di sini. Saya diamanahkan untuk menjadi guru kelas ini dan mengajar kamu bahasa Arab. Jadi, sebelum terjadi apa-apa, saya nak kamu semua memperkenalkan diri kemudian kita akan lantik Majlis Tertinggi (MT) kelas ni.”
            Setelah semua pelajar memperkenalkan diri, tibalah masa untuk melantik MT kelas 5ASC. Kelas tersebut kembali riuh dengan suara penghuninya memberi cadangan, menyokong, ada yang membangkang dan ada yang menutup cadangan.Hampir setengah jam, barulah perlantikan MT kelas 5ASC selesai dengan keputusan Khalid sebagai ketua dan Humaira’ sebagai penolong ketua. Yusra sebagai setiausaha, Aisyah sebagai bendahari, Faiz sebagai ketua akademik dan Umar sebagai ketua keceriaan.
            “ Sebelum saya keluar, ada apa-apa masalah atau soalan?”
            “ Ada.” Syakir mengangkat tangan.
            “Berapa umur cikgu? Dah kahwin atau belum?”
Cikgu Farhana senyum sebelum berkata-kata.
            “Umur saya nak masuk 24 tahun.Pentingkah status perkahwinan saya untuk kamu tahu? Saya rasa itu tak syar’ie pun. Kalau saya tak jawab, tak menjadi masalah,kan? Jangan kecil hati, ya Syakir kerana saya tak dapat nak meraikan soalan kedua kamu.”
              Kalau dah tuan punya badan tak nak menjawab, saya tak boleh paksa. Tapi….,lambat-laun kami akan tahu jugak.” Syakir tersengih. Cikgu Farhana hanya tersenyum.
            “Ada lagi apa-apa soalan?”
            “Ada. Cikgu ni kacukan,ka?”Akhirnya ada juga kesempatan untuk Yusra bertanya.
            “ Ya. Saya berdarah kacukan Jawa dan Banggali Muslim. Ummi Jawa.Abi Banggali Muslim. Sebab tu kulit saya gelap sikit sebab ikut kulit abi. Mata sepet kalau senyum sebab ikut ummi .”
            “ Tak adalah gelap sangat. Saya tengok muka cikgu macam Rani Mukhirjee.”
Cikgu Farhana tersenyum lagi sambil mengetap bibirnya.Kemudian dia mengerling ke arah jam tangannya.
            “Emm…ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, saya nak keluar dulu. Illiqa’.Apa balasannya?”
Semua diam.
            “Kalau ada orang ucap Ilalliqa’, balasannya ma’assalaamah.
Semua mengangguk sebagai tanda faham.
            Ilalliqa’ wassalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.”
Kedengaran hampir serentak suara mengucapkan ma’assalaamah dan menjawab salam bergema di dalam kelas 5ASC.
***************************
Innalillahi wainna ilaihi raaji’un…”
’Kereta siapa pulak kat sini?’ Hati Farhana bertanya sendiri apabila ada sebuah kereta BMW jenis sport berwarna meroon metallic berkedudukan melintang antara dua garaj di bahagian belakang tempat Farhana meletakkan keretanya. Sedang dia meneliti dan berfikir tentang tuan punya kereta, tiba-tiba dia disapa pelajarnya.
Assalaamu’alaikum…”
Waa’laikumussalam warahmatullahi wabarakatuh… kamu rupanya Syakir.”
“Kenapa cikgu tak balik lagi? Tunggu suami ya.”
“Jangan nak mengarut,Syakir. Kawan lelaki pun saya tak rapat apatah lagi suami.”
“Jadi…cikgu Farhana tak nikah lagilah,kan?”
            “Syakir…, kamu tahu tak ni kereta siapa?”
Syakir merenung ke arah nombor plat kereta BMW tersebut.Tiba-tiba alarm kereta tersebut berbunyi. Mereka tercari-cari gerangan yang menekan button alarm. Seorang lelaki berkemeja coklat cair lengan panjang,berseluar slack hitam dan memakai topi keselamatan berwarna kuning sedang menghampiri kereta tersebut. Lelaki itu menanggalkan topi keselamatan dan melemparkannya ke dalam perut kereta.
            ‘Deme ni kenapa? Tengok macam nak makan orang saja.’ Faris memerhati seorang perempuan berjubah merah hati dan bertudung pink lembut bidang 60 yang disilangkan seperti ekor ikan. Yang seorang lagi masih berpakaian seragam sekolah. Dia menghampiri Farhana dan Syakir.
            “Hi, kenapa ni? Kereta saya cantik sangatkah? Nak pandu ek?” Tiba-tiba Faris bersuara.
Farhana mengecilkan matanya sambil mengetap bibir kerana menahan marah dengan kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya itu.
            “Assalaamua’laikum.Terima kasihlah encik ya. Saya tak ada masa nak pandu kereta encik tapi boleh tak tolong alihkan kereta encik ni sebab kereta saya tak boleh keluar.”
Farhana dapat melihat wajah lelaki di hadapannya bertukar merah. Mungkin kerana kulitnya agak cerah menyebabkan rona wajah boleh dilihat serta-merta. Syakir hanya menjadi pemerhati drama pendek yang sedang berlaku.
“ Alahai…,kereta awak tu MyVi ja pun. Kecil ja.Muat ja kalau nak keluar.”
Serta-merta bibir Farhana melantunkan istighfar kerana dia bimbang tidak mampu mengawal emosi.Muka Farhana juga sudah kemerah-merahan akibat terkena panahan cahaya matahari.
            “ Ya saya tahu kereta saya ni… hanya MyVi tapi  kalau saya keluar saja macam tu, nanti kereta saya akan terlanggar kereta BMW awak yang mahal tu. Jadi…, boleh tak tolong alihkan kereta awak ni cepat sebab banyak lagi urusan yang perlu saya uruskan. Sekian, terima kasih.” Farhana terus menghampiri keretanya dan menekan button alarm kerana dia malas nak memanjangkan mesyuarat jalanan itu.
            “Syakir, awak nak balik,kan? Marilah saya hantarkan.”
Syakir seperti dipukau. Dia membuntuti Farhana dari belakang kemudian menuju ke bahagian sebelah pemandu. Setelah mereka memakai tali pinggang keledar, Farhana menekan gear undur. Dia menukar semula gear undur ke gear bebas apabila dia melihat kereta BMW itu masih tidak berganjak dari tempat asalnya.Kemudian dia keluar dari perut keretanya terus menuju ke tempat pemandu kereta BMW. Rupa-rupanya tuan kereta BMW tadi sedang bermesej dengan seseorang. Dia mengetuk cermin kereta di bahagian pemandu. Lelaki tadi menurunkan cermin.
            “ Awak lagi! Tak undurkan lagi,kah kereta awak tu? Nampak sangat tak pro.”
Syakir yang hanya berdiam diri sejak tadi mula campur tangan apabila dia melihat pemilik kereta BMW seolah-olah ingin membuli gurunya.Setelah tiba di hadapan pintu bahagian pemandu kereta BMW tersebut, dia membuka pintu dan menarik kolar kemeja pemilik kereta BMW yang sombong itu.
            “Kau ni dah melampau tahu tak? Macam ni rupanya lelaki kaya? Berlagak, sombong,suka buli orang. Nah…, kau ambik ni!” Faris tersandar di keretanya dengan penumbuk sulung Syakir yang singgah di bahagian perutnya. Beberapa orang pelajar yang belum pulang berhenti di tempat kejadian untuk menyaksikan perkara yang berlaku. Faris baru hendak memulakan serangan balas tetapi satu lagi penumbuk Syakir hingga di wajahnya. Farhana terpaksa campur tangan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
            “Syakir,sudah! Hentikan Syakir!” 
            “Orang macam ni kita kena ajar kalau tidak dia kurang ajar.”
            “Syakir…,sabar Syakir. Sabarkan sebahagian daripada iman. Kamu orang yang beriman,kan?“ Akhirnya Syakir menghentikan serangan balas. Barangkali terkedu dengan  kata-kata gurunya tadi. Farhana menyuruh Syakir masuk ke dalam perut MyVinya kemudian dia mengambil first aid. Dia menampal pluster pada kesan lebam di tepi bibir Syakir. Nasib baiklah lukanya tidaklah terlalu teruk. Kemudian dia menghampiri kereta BMW. Dia melihat pemilik kereta tersebut masih tersandar kesakitan di kusyen tempat pemandu dengan pintu kereta tidak ditutup.
            “Assalaamua’laikum…Maaf kalau saya mengganggu. Awak tak apa-apa,kan?”
            “Tengkorak kau tak ada apa-apa! Kau tak nampak ni?”
Farhana mengurut dadanya kerana terkejut dengan sergahan lelaki yang tidak dikenali di hadapannya.
            “Saya minta maaf di atas segala yang berlaku. Kalau awak tak kisah, saya nak cuci luka awak tu. Tak elok biarkan darah mengalir. Nanti kena jangkitan kuman.”
Faris merenung wajah Farhana dan mata mereka bertembung. Farhana segera melarikan pandangannya ke arah lain. Akhirnya Faris mengangguk. Farhana menyuruh Faris duduk di pondok bacaan sementara dia mengambil air suam dari water cooler. Faris menyandarkan kepala di tiang batu pondok bacaan. Farhana mengambil sapu tangan turki yang lembut berwarna coklat cair dalam tas tangannya.Kemudian dia mencelupkan kain tersebut ke dalam cawan plastik yang berisi air suam dan dilekapkan kain tersebut ke atas kening kanan dan tepi bibir  Faris yang masih berdarah.Ketika Farhana sedang membuka kotak first aid untuk mengambil pluster, Syakir datang menghampiri.
            “Kenapa baik sangat ni? Dia yang cari penyakit. Orang suruh elok-elok, menyindir orang. Biar dia rasakan.”
            “ Syakir…dia saudara seagama kamu. Sedangkan nabi ampunkan ummatnya. Takkan kamu nak berdendam pulak. Sudahlah…pergi minta maaf.”
Faris yang berada di sudut pondok bacaan dapat mendengar butir bicara dua insan tersebut. Faris hanya memandang langkah Farhana yang sedang menuju ke arahnya dengan pluster di tangan. Syakir mengekori langkah gurunya.
            “Okay dah siap. Saya dah nak balik. Boleh tak awak alihkan kereta mahal awak tu? Kalau saya langgar nanti, kereta awak pulak yang cedera.”
Serta-merta wajah Faris berubah merah. Dia segera bangun untuk mengalih keretanya tapi dia terduduk semula kerana sakit di perutnya masih terasa akibat tumbukan Syakir tadi. Syakir hanya tersenyum.
            “ Itulah…penyakit tak ada, pergi cari. Lain kali jangan jolok sarang tebuan.”
            “Syakir…,sudahlah tu! Minta maaf cepat.”Keras nada suara Farhana. Syakir tidak mengendahkan arahan gurunya.
            “ Syakir…abang minta maaf. Memang salah abang.” Faris menghulur tangan ke arah Syakir.
            “ Tahu pun. Saya pun minta maaf kerana kekasaran saya tadi. Saya cukup tak suka lelaki buli perempuan” Syakir menyambut huluran tangan Faris sambil tersenyum.
            “ Saya dah nak balik ni. Kalau awak tak kisah, boleh saya alihkan kereta awak.”
Faris menghulurkan kunci keretanya kepada Farhana. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mengiakan sahaja tindakan wanita yang baru ditemuinya itu.
            “ Siapa tu? Kakak Syakir ek? “ Tiba-tiba Faris bersuara setelah Farhana mengalihkan kereta BMW dan sedang menuju ke arah MyVinya.
            “ Tak adalah. Tu Cikgu Farhana. Nur Farhana Najihah nama penuhnya. Kenapa? Dah terpikat,kah? “
            “Kenapa tanya macam tu? “
            “Yalah… sejak dia mula mengajar di sekolah ni sebulan lepas, sudah ramai guru dan pelajar lelaki cuba mendekati. Ada jugak yang menyimpan perasaan dalam diam. Saya sendiri pun sudah mula sayang pada cikgu Farhana tapi saya tak tahu sayang saya tu seperti sayang pelajar terhadap guru, seorang adik kepada kakak atau sebagai saudara seagama. Saya suka cara dia.”
Tonnn…toonn…
Mereka berdua berpaling hampir serentak ke arah bunyi hon. Rupa-rupanya cikgu Farhana. Dia keluar dari perut kereta MyVi dan menghulurkan kunci kereta BMW kepada pemuda yang tidak lagi diketahui namanya.
            “Syakir…jom saya hantar kamu balik. Saya ada temu janji dengan seseorang. Nanti lewat pulak.”
            “Temu janji awak pukul berapa?”
            “Saya kata pada dia sebaik saja saya habis kerja. Kasihan dia. Saya rasa dia tengah tunggu sekarang. Jangan dia merajuk sudahlah. Lelaki…biasalah tu.”
            “Jadi…,cikgu sudah bernikahlah ya?”
            “Apalah kamu ni Syakir. Sikit-sikit nikah. Kenapa? Kamu dah nak nikah ek? Cepatlah. Nanti kamu tengoklah siapa orangnya.”
Syakir terus masuk ke dalam perut kereta MyVi kerana tidak sabar mahu bertemu insan yang diperkatakan gurunya. Setelah MyVi Farhana memecut dan hilang di pandangan Faris, Faris segera memecut BMWnya. Niatnya untuk mengetahui insan yang cikgu Farhana maksudkan.
******************************
            “Assalaamu’alaikum…,Cik!”
            “Wa’alaikumussalam…oh cikgu Ana.”
            “Ya saya. Mana Abdullah?”
            “Dia tidur….Aik?!Dia jaga dah.Macam tahu saja ibu dia datang.”
Farhana hanya tersenyum. Syakir yang sedang menanti di dalam perut kereta hanya memerhati dari jauh. Farhana terundur ke belakang sedikit apabila Abdullah menerpa dan memeluk kakinya. Farhana menghulurkan tangannya ke arah Abdullah untuk bersalam. Tangan kecil itu cepat menyambut dan mencium tangan Farhana. Setelah Farhana bersalam dengan pengasuh yang dipanggil Cik oleh Abdullah kerana Abdullah tidak pandai menyebut mak cik, dia mendukung si kecil ke keretanya. Abdullah terkejut dengan kewujudan Syakir. Dia memeluk Farhana dengan erat.
“Kenapa ni sayang? Tu A’mm Syakirlah. Dia bukan orang jahat.”
Farhana mengucup wajah Abdullah bertubi-tubi sehingga anak kecil itu ketawa. Farhana tidak menyedari perbuatannya itu diperhatikan oleh insan lain selain Syakir. Setelah Farhana menghantar Syakir, dia terus memecut keretanya ke Parit Buntar. Sebaik sahaja tiba di pusat bandar Parit Buntar, dia memakaikan kasut si kecil yang berusia hampir 2 tahun sebelum mereka masuk bersama ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC). Setelah membeli barang keperluan yang sudah habis, Faris juga melangkah masuk ke dalam restoran yang sama. Kebetulan pada waktu itu orang ramai. Setelah membeli makanan, dia mencari kelibat Farhana di tingkat atas. Dalam proses pencarian, tiba-tiba dia terlanggar seorang budak lelaki yang memakai baju t-shirt tanpa lengan berwarna meroon dan berseluar jeans hitam bawah pada lutut.
            “Abdullah…kan ibu dah kata jangan lari. Tengok sekarang, sayang ibu dah jatuh. “
Farhana segera mendukung Abdullah dan meminta maaf kepada lelaki di hadapannya yang tidak sempat ditoleh kerana tumpuannya lebih kepada Abdullah.
“ Assalaamua’laikum…”
Farhana segera menoleh ke arah tuan punya suara sambil menjawab salam yang diberi.
            “Wa’alaikumussalam…Aik?! Awak? Macam mana boleh ada kat sini? Awak dah okay,ka? ”
            “Alhamdulillah…saya dah okay walaupun masih rasa sengal-sengalnya. Kenapa? Tak bolehkah saya ada kat sini?”
            “Tak adalah….Kenapa ni, sayang? Ni a’mmlah.”
Mata Faris terus tertumpu ke arah Farhana yang sedang memujuk Abdullah. Si kecil itu kelihatan takut. Dia memeluk leher Farhana erat. Mungkin kerana kewujudan pluster pada wajah Faris yang menyebabkan wajahnya kelihatan menakutkan. Farhana mengucup wajah Abdullah bertubi-tubi sehingga anak itu ketawa.
            “ Boleh saya join awak, cikgu…”
            “Farhana…”
            “Ya. Boleh saya join cikgu Farhana? Sebab dah tak ada tempat kosong kat sini.”
            “Marilah.”
            “Terima kasih kerana tolong rawat luka saya dan… saya minta maaf kerana tengking awak tadi.”
            “Ohh…sama-sama. Tak mengapa. Saya faham. Selalunya orang tengah sakit memang baran.”
“Selalukah datang sini?”
            “Tak adalah. Saya datang sini sebab ayah Abdullah nak ambik dia.”
            “ Awak dah divorce,ka?”
            Astaghfirullahal‘aziim….Nau’dzubillahh…Apa yang awak mengarut ni? Sebenarnya…”
            Assalaamua’laikum
            Hahh…abang.”
Dada Faris berdebar kencang. Dia sendiri tidak tahu kenapa rentak jantungnya menjadi huru-hara sebaik sahaja lelaki yang dipanggil Farhana “abang” itu muncul.
            “Hero abi yang sorang ni sihat,ka?” Firdaus mendukung anaknya, Abdullah Salam. Mengekek Abdullah apabila dilambung abinya.
            “Siapa ni Ana? Kekasih ya? Alhamdulillah…akhirnya”
            “Cukup…cukup… abang jangan nak mengarut kat situ. Kenalkan ni…abang ipar saya Mohd Firdaus Ilham. Panggil saja Abang Firdaus dan ni Encik….”
Spontan Faris mengurut dadanya. Dia dapat merasakan rentak jantungnya semakin stabil.
            “ Mohd Faris Aiman. Boleh panggil Faris.”
Firdaus dan Faris bersalaman.
            “Macam mana boleh kenal dengan Ana? Setahu abang, Ana ni susah nak ada kawan lelaki. Dah banyak pinangan yang ditolak. Dia tunggu siapa pun abang tak tahu.”
            “Bila abang sampai?”
            “ Tengok…! Dia mula nak alih topik.”
            “Abang tak jawab soalan Ana lagi.”
            “Tengah hari tadi.”
            “Faris…boleh abang tanya sedikit?” Faris hanya mengangguk.
            “Kenapa muka kamu penuh dengan pluster ni?”
Faris dan Farhana berpandangan. Mata mereka bertembung. Dengan cepatnya Farhana mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
            “Sebenarnya saya kena belasah dengan body guard Ana tadi.”
Terbeliak mata Firdaus mendengarnya. Farhana sudah merenung tajam ke arah Faris tetapi Faris buat tidak perasan dengan renungan tajam Farhana.
            “Sejak bila adik abang ni ada body guard?” Firdaus memandang ke arah Farhana dengan senyuman nakal.
            “Sayang, jom ikut ibu jalan-jalan.” Farhana terus memimpin tangan Abdullah untuk menuruni tangga.
            “Ana…Ana nak bawa Abdullah ke mana? Abang dah nak balik ni.” Jerit Firdaus sambil berlari ke arah adik iparnya yang sedang memimpin anaknya menuruni tangga. Sebaik sahaja tiba di anak tangga terakhir barulah Farhana berhenti dan kelihatan Abdullah sedang tersengih kepadanya. Faris hanya mengekori dari belakang.
            “Ana…abang minta maaf. Abang bergurau saja tadi. Janganlah terasa.”
            “Mana ada terasa. Ana saja ajak Abdullah main di tangga sebab dia suka main tangga. Berdiri jauh sedikit boleh tak? Kita bukan mahram.Haram.”
            “Abang nak halalkan, Ana yang tak nak.”
Farhana mengetap bibirnya menahan malu. Faris terasa telinganya berbulu apabila mendengar kata-kata Firdaus tadi.
            “Kalau kita tak cakap bab ni boleh tak? Ana dah nak balik ni. Nah…ambik balik anak abang ni. Jaga dia untuk Ana elok-elok. “
Farhana terus mendaki anak tangga untuk mengambil tas tangannya yang tertinggal di kerusi tempatnya makan sebentar tadi tetapi terhenti apabila dia melihat tas tangannya sudah dipegang Faris.
            “Encik Faris, saya nak beg tangan saya boleh?”
Faris hanya menurut. Farhana terus pulang ke rumah apabila begnya diambil. Faris menyambung pemakanannya semula setelah Firdaus pulang.
**************************
            Sebaik sahaja tiba di rumah, Faris terus mencapai tuala untuk membersihkan diri. Setelah menanggalkan kemeja yang ada titisan darah hasil pertelingkahan petang tadi, dia menghadap cermin. Dia melihat kesan luka atas kening kanan dan tepi bibir yang telah dipluster Farhana. Tiba-tiba ingatannya beralih ke situasi lukanya dirawat.
            “Aduh! “
            “ Sakit ya? Maaf  encik. Tahan sikit ek. Sekejap saja.”
Faris hanya merenung perbuatan wanita di hadapannya.
            ‘Tak adalah cantik sangat tapi ada daya penarik. Perihatin.’
Hati Faris berbicara dan terus menilik wanita di hadapannya. Tiba-tiba mata mereka bertembung. Faris segera mengalihkan pandangannya ke arah lain.
            “Aduh!”
Farish mengaduh kerana luka di keningnya terkena pergelangan tangan Farhana.
            “ Sorry! Sorry!”
            “Kalau saya tanya sikit, boleh?” Farhana hanya menganggukkan kepala.
            “Awak ni doktor,ka?”
            “Tak adalah. Kenapa? Awak rasa saya ni layak,ka nak jadi doktor?”
            “Saya tengok cara awak merawat macam doktor.”
            “Sebenarnya memang saya bercita-cita nak jadi doktor tapi rezeki saya bukan dalam bidang kedoktoran. Jadi, saya belajar daripada kawan saya yang ada ijazah kedoktoran. Itu pun untuk kes kecemasan saja bagi mengurangkan komplikasi seperti cuci luka, balut luka, bandage dan kaedah menyambut bayi.”
Terbit rasa kagum Faris terhadap wanita yang masih tidak diketahui namanya itu pada ketika itu..
            “Astaghfirullahal a’zhiim…kenapa dengan aku ni?”
Faris segera membersihkan diri kerana hari sedang merangkak senja menandakan azan Maghrib akan berkumandang sebentar lagi. Setelah selesai solat Maghrib, membaca Al-Quran dan solat Isyak, dia terus mendarat di atas katil kelaminnya. Masih terasa sengal-sengal pada badan akibat kejadian petang tadi. Tiba-tiba dia terpandang handsetnya di atas meja lampu tidur. Terus wajah Farhana terlintas di fikiran. Nur Farhana Najihah…
***********************
Handset Farhana tiba-tiba berbunyi nada lagu pesanan nyanyian kumpulan Diwani.Itu menandakan ada mesej masuk. Farhana segera mencapai dan membuka peti inbox.
Salam. Maaf jika m’ggu.R u ok?
W’salam. Who r u?Myb u r wrong no.
R u Nur Farhana Najihah?
Yup. Who r u? I don’t know who r u? U r Muslim @ Muslimah?
I’m Muslim. My name is Faris.
Ohhh…dr mana awak dpt no.fon sy?
Abang ipar awak yg bagi.Sy minta.
Ada apa-apa yg perlu sy bantu?
Sy hanya nak tau samada awak ok @ tak, Farhana?
Sy ok. Klu dah xda apa2, kita stop kat sini, k?
Sy nak ajak awak dinner mlm esok. Boleh,x?
 Tengoklah dulu.
Sy m’ggu awak ek?
Tak adalah. Cuma tak elok lelaki & prmpn yang bukan mahram berhubung.Dah mlm ni.
Relaxlah. Bkn org len nmpk pun.
Mmgla org xnmpk tp Allah nmpk & ini adlh peluang Syaitan nak memasang busar panahnya.
Aik?!Syaitan pun pandai memanah?Oh, sy lupa Syaitan millennium pandai memanah.
Awak jgn nak mngarut ya. Mksd ayat sy td = masa yg sesuai utk Syaitan melalaikan manusia sbb kita bkn mahram. Yg mahram pun buat perkara xsenonoh apth lg yg bkn mahram.
Klu mcm tu…kta mahramkanlah.
Amboi…,mudah benar org lelaki b’ckp ya!
Mana ada sy b’ckp? Sy msj sjlah.
Iya2lah. Mls nak layan. Salam…
W’salam…     
Setelah beberapa minit menghentikan penghantaran mesej, Farhana terlelap. Tiba-tiba handsetnya berbunyi nada lagu tafakur nyanyian kumpulan Zikraa. Tanda ada panggilan masuk.Tanpa melihat nama pemanggilnya, dia segera menjawab panggilan.
“Assalaamua’laikum…Farhana bercakap.”
Sepi… hanya dengusan nafas si pemanggil kedengaran.
“ Hello…Man hunaak?(siapa di sana?)”
“Seksilah suara awak. Dah tidur ya.”
Serta-merta dada Farhana berombak menahan debaran.
Astaghfirullahal a’zhiim…” Farhana terus menamatkan talian dan bangun daripada pembaringannya.
‘Apa yang lelaki ni nak?’ Hati Farhana berbicara sendiri. Setelah beristighfar beberapa kali, jiwanya kembali tenang dan dia baring semula.Selang beberapa minit, dia terus terlelap.
*******************
            Setelah selesai solat Dhuha di surau, Farhana ingin ke kantin tetapi langkahnya terhenti apabila dia melihat kelibat Faris yang juga dalam perjalanan ke kantin. Dia segera berpusing untuk kembali ke bilik guru tetapi langkahnya sekali lagi bagaikan terkunci apabila tubuh Faris sudah terpacak di hadapannya. Hampir tiga minggu dia cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan Faris.
            “Assalaamua’laikum…tak jawab berdosa.”
            “Waa’laikumussalam…tepi sikit,boleh?” Lambat Farhana menjawab.
            “Tak boleh!”
            “Apa hak awak nak halang saya?”
            “ Saya takkan benarkan awak pergi selagi saya tak bercakap dengan awak.”
Farhana berundur sedikit dan melarikan pandangannya ke arah lain.
            “Cakaplah cepat. Saya tak ada masa.”
            “Awak tak ada masa atau awak nak larikan diri daripada saya,hah?”
            “Terserahlah awak nak fikir apa-apa pun, Encik Faris.”
Farhana mahu keluar segera daripada keadaan yang boleh menimbulkan fitnah itu. Tambahan pula dia adalah orang yang agak menguasai hukum agama. Boleh hilang hormat para pelajar terhadapnya jika mereka melihat situasi itu.
            “Farhana…, awak jangan paksa saya berkasar dengan awak. Nanti awak akan menyesal.”
Ugutan Faris ibarat angin yang menyapu gegendang telinga Farhana sahaja. Dia tidak gentar langsung dengan ugutan manusia seperti Faris kerana dia yakin Allah sentiasa bersamanya.
*******************
 Setelah selesai memasukkan barangan dapur yang dibeli ke dalam boot kereta MyVinya, Farhana ingin membuka pintu kereta di tempat pemandu. Tiba-tiba mulutnya ditekup dengan sapu tangan berwarna putih. Dia terkulai beberapa minit selepas itu. Farhana tersedar daripada lenanya. Dia memerhati keadaan sekeliling. Satu bilik yang kemas dan asing baginya. Dia terkejut apabila melihat tudung dan jubahnya yang berwarna hijau tergantung pada penyangkut di belakang pintu. Jantungnya berdebar kencang. Dadanya berombak. Dia segera menyelak selimut yang menutupi tubuhnya. Hanya inner lengan panjang berwarna hitam dan seluar slack yang mengikut bentuk sehingga paras lutut berwarna putih. Ikatan rambutnya sudah terurai.Dia segera mencapai jubah dan menyarungkannya ke tubuh. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Farhana terpana apabila melihat satu susuk tubuh yang dia kenali.
“Awak Faris!”
“Ya memang saya.” Faris hanya tersenyum mengejek. Serta-merta penampar Farhana mendarat di pipi kiri Faris.
“Saya tak sangka sebegini terkutuknya peribadi awak.”
“Saya terpaksa Farhana. Awak yang cabar saya buat macam ni dan sekarang saya puas.”
“Saya akan bawa kes ni ke tengah, Faris. Saya akan dakwa awak di atas  kes pencabulan.”
“ Bawalah ke tengah,ka. Ke tepi,ka cik Farhana. Awak tak ada bukti dan silap-silap awak yang akan didakwa kerana menampar saya dalam rumah saya dan….” Faris menunjukkan sekeping CD yang terletak elok dalam sarungnya.
“Ini adalah CD hasil rakaman aksi panas awak di atas katil saya ni.” Melopong mulut Farhana.
            “Astaghfirullahal a’ziim…awak memang dah melampau, Faris. Saya takkan maafkan perbuatan awak!” Air mata Farhana sudah bergenang. Dia cuba merampas CD tersebut tetapi Faris lebih pantas mengelak. Dia segera mencapai tudung dan berlari ke bilik air. Dia menangis sepuas-puasnya. Sudah setengah jam Farhana di dalam bilik air. Faris mula risau seandainya terjadi apa-apa. Hanya aliran deras air paip yang kedengaran. Dia segera merempuh pintu bilik air. Farhana terkejut apabila pintu bilik air dirempuh.
            “Awak okay, Farhana?”
            “Awak tak perlu tahu saya okay atau tak, Encik Faris Aiman?”
            “Farhana…,saya minta maaf. Saya memang tak mampu mengawal nafsu saya. Kita kahwin nak tak Farhana?”
Farhana tersenyum sinis.
            “Mudah benar awak ni,kan?  Kitab apa yang awak jadikan pedoman, Encik Faris? Dah meragut kesucian perempuan kemudian ajak kahwin. Apa-apa hal pun, tahniah kerana awak berjaya membuatkan saya membenci awak. Mulai detik ni, jangan sesekali awak hadir dalam hidup saya. Saya tak nak tengok lagi muka awak. Anggaplah kita tak pernah jumpa dan kenal sebelum ini.”
            “Awak tak takut,ka ada benih saya yang bercambah dalam rahim awak? Takkan perempuan yang berilmu agama macam awak akan gugurkan kandungan sendiri?”
Farhana merenung mata Faris. Faris membalas renungan Farhana. Air mata Farhana masih mengalir. Segera Farhana menyeka air mata yang jatuh di pipinya dengan kasar. Faris berasa simpati apabila melihat mata Farhana yang sembab.
            “Kalau ditakdirkan ada nyawa yang membesar dalam rahim saya, saya bersumpah saya sendiri yang akan membesar dan mendidiknya. Saya takkan menyusahkan awak, Encik Faris.”
            “Tapi awak tentu tak mahu gambar dalam CD ni tersebar di internet,kan?”
            “Apa yang awak nak daripada saya sebenarnya,Faris? Kalau awak nak duit, awak beritahu saja berapa awak nak?”
            “Saya tak nak duit awak. Saya nak awak ikut permintaan saya saja.”
            “Baik.”
            “Awak janji?”
Farhana hanya menganggukkan kepalanya.
            “Janji?”
            “Yalah. Yalah…saya janji.Yang penting maruah saya tak tercemar.Apa yang awak nak saya buat?”
            “Saya nak alamat rumah awak dan nanti ahli keluarga saya akan ke rumah awak untuk meminang.”
            “What?? No way!”
            “Kalau awak tak nak, saya tak rugi apa-apa. Jangan terkejut kalau aksi-aksi panas awak akan tersebar nanti.”
            “Tak ada permintaan lainkah yang boleh awak minta?”
Faris hanya menggeleng. Farhana menghembus nafas keras sambil duduk di birai katil dan memegang kepalanya. Agak lama dia dalam keadaan begitu.
            “Are you okay, Farhana?” Farhana mengangkat kepalanya supaya dapat melihat wajah Faris yang sedang berdiri menghadapnya.
            “Macam mana?Setuju?”
            “I needs to agree with you…I haven’t other choices.” Mendatar sahaja nada persetujuan daripada Farhana.
            “Kalau macam tu, hujung minggu ni family saya akan pergi rumah awak. Pastikan awak ada kat rumah sebab saya nak buat majlis merisik dan bertunang pada hari yang sama. Serentak. Sebulan yang akan datang kita nikah.”
            “Kenapa mesti macam tu?”
            “Kenapa? Lambat sangat ek? Awak nak nikah terus,kah? Saya boleh saja.”
Bulat mata Farhana memandang Faris.
            “Susah betul cakap dengan orang yang macam awak ni. Gila!”
            “Orang gila nilah yang akan jadi suami awak nanti, cik Farhana.Macam mana? Setuju,tak?”
            “Suka hati awaklah, Encik Faris. Malas nak layan.”
Faris hanya tersenyum melihat wajah Farhana yang masih marah di hadapannya.
*******************
            Seperti yang dijanjikan, rombongan meminang sampai di perkarangan rumah teres dua tingkat ibu bapa Farhana di Kuala Kangsar. Majlis merisik dan pertunangan berlangsung dengan lancar.
            “Sebelum kami berangkat ke kediaman kami, pihak kami nak tanya kepada pihak di sana. Ada apa-apa lagi syarat yang perlu kami penuhi?”
 Tiba-tiba salah seorang daripada wakil pihak lelaki bertanya. Barisan pihak perempuan sudah menggelengkan kepala semuanya. Tiba-tiba ada yang bersuara. Semua mata tertumpu kepada insan yang bersuara.
            “Assalaamua’laikum. Maaf  kerana saya menyampuk.Saya ada beberapa syarat yang ingin dikemukakan. ” Farhana mengambil tempat di sisi umminya. Semua tetamu yang hadir melihat perbuatannya yang sedang bersimpuh di sisi umminya.
            “ Saya harap sepanjang tempoh pertunangan ini, saya dan Faris tidak perlu bertemu. Kalau nak jumpa juga, perlu bawa mahram. Jika tidak, tidak perlu ada pertemuan antara kami. Tujuannya nak mengelakkan maksiat.”    
“Kalau macam tu, macam mana nak beli barang perkahwinan?”
            “Jika tiada mahram,pihak lelaki beli barangnya sendiri dan saya beli barang saya. Sehari sebelum majlis perkahwinan, kami akan tukar. Boleh,ka pihak lelaki penuhi permintaan saya ni?”
Barisan wakil pihak lelaki hanya tersenyum sambil mengangguk. Barangkali ada rasionalnya syarat yang diminta pihak perempuan. Akhirnya mereka berangkat ke destinasi mereka.
**********************
            “Patutlah kamu beria sangat nak berkahwin dengan Farhana tu. Rupanya….” Tiba-tiba kakak Faris yang bernama Sufia Khadeeja bersuara ketika mereka menjamu hidangan makan malam itu.
            “Rupanya apa Kak Pia?”
            “Ada sesuatu yang menarik kat dia.”
            “Menarik? Contohnya?”
            “Unik dan penuh misteri.”
            “Ishh…Kak Pia ni. Dia main misteri-misteri pulak.Apa yang misterinya?”
            “Nampaknya kamu akan gila bayanglah sebab sebulan tak jumpa dia.”
            “Kenapa pulak?”
            “Tadi dia minta pihak lelaki beli barang perkahwinan sendiri dan dia beli barangnya. Sehari sebelum majlis perkahwinan, baru dia nak tukar. Dia tak nak jumpa kamu sepanjang tempoh pertunangan untuk mengelakkan maksiat katanya.”
Wajah Faris berubah menjadi masam mencuka. Setelah selesai menjamah makan malam, Faris segera masuk ke biliknya. Dia terus mencapai handphonenya di atas meja lampu tidur di sisi katil. Terus nombor handphone Farhana didail.
            “Hello, Farhana! Apa yang awak cuba buat ni?!” Keras nada suara Faris. Farhana di hujung talian sangat terkejut dengan tengkingan Faris.
            “Assalaamua’laikum, Encik Faris.Dah tak tahu nak beri salam,ka? Kita kan orang Islam.”
            “Wa’alaikumussalam!Apa yang awak cuba nak buat ni?! Awak jangan cabar saya, Farhana!”
            “Encik Faris…, cuba beristighfar banyak-banyak. Awak tengah marah ni.” Farhana masih berlembut.
            “Memang saya tengah marah! Awak yang buat saya marah!”
            “Astaghfirullahal a’ziim…Encik Faris, kalau tujuan awak telefon saya hanya kerana nak memaki hamun saya, saya rasa baik saya putuskan talian. Marah tak dapat selesaikan masalah. Kita cakap lain kali saja ya?”
            “Farhana…nanti dulu! Jangan putuskan talian lagi.” Sepi seketika. Farhana sedang menanti. Faris di hujung talian yang satu lagi sedang beristighfar untuk menstabilkan emosinya semula.
            “Faris…awak masih di talian?” Terdengar deruan nafas insan di sebelah sana.
            “Ya. Saya masih di talian.” Suara Faris sudah mengendur. Farhana hanya menanti ayat seterusnya.
            “Farhana…,saya minta maaf kerana tengking awak tadi. Saya tak sengaja.” Diam.Tiada respon daripada Farhana.
            “Farhana…please say something, my dear. What are you doing?”
            “Ya saya dengar. Tengah fikir sama ada perkahwinan kita perlu diteruskan atau tak. Baru bertunang tapi saya dah kena maki. Kalau saya dah sah jadi isteri awak, saya tak tahulah saya boleh bertahan atau tak kalau keadaan sebegini berterusan.”
            “Farhana …saya minta maaf. Saya tahu saya yang bersalah.”
            “ Cakaplah perkara apa yang menyebabkan awak marah sangat tadi.”
            “Betulkah awak tak nak kita berjumpa sepanjang tempoh bertunang?”
            “Ya.”
            “Tapi kenapa? Saya tak fahamlah awak ni.”
            “Kita belum nikah. Tunang bukan lesen untuk kita bergaul bebas. Lagipun sebulan sahaja,kan?”
            “Kalau macam tu, kita bernikah minggu depan nak tak?”
            “Apa yang awak merepek sangat ni? Gelojoh betul.”
            “Saya tak tahulah Farhana kenapa saya boleh jadi macam ni.”
            “Sebab tulah saya tak nak kita bertemu dalam tempoh pertunangan ni. Saya harap awak faham.”
            “Farhana…kita nikah minggu depan? Macam mana?”
            “Faris…kalau dah jodoh kita, takkan ke mananya. Sabar boleh?”
            “Saya tak kira. Saya nak kita bernikah minggu depan juga kalau tak, jangan salahkan saya kalau terjadi apa-apa.”
Farhana mula cuak dengan kata-kata terakhir Faris sebentar tadi.
            “Faris…Faris…saya tak tahu macam mana nak fahamkan awak. Macam ni rupanya lelaki. Suka memaksa.”
            “Farhana…perkara yang baik elok disegerakan. Betul tak?”
            “ Suka hati awaklah, Faris…Letih melayan kerenah awak ni. Kalau tak ada apa-apa lagi, kita berhenti di sini ya. Saya nak tidur. Letih. Baru sampai rumah, awak dah call. Assalaamua’laikum.”
***********************
            “Mohd Faris Aiman Bin Abdul Latif, aku nikahkan dikau dengan Nur Farhana Najihah Binti Nuh Faatihunna’im berwalikan aku dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”
            “Aku terima nikahnya Nur Farhana Najihah Binti Nuh Faatihunna’im dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”
            “Sah?” Tok kadi bertanya kepada dua orang saksi lelaki di kiri dan kanannya.
            “Sah.” Kedua-dua saksi berkata dengan yakin.
Dengan sekali lafaz sahaja, Farhana telah menjadi suri hidup kepada seorang lelaki bernama Faris. Setelah bacaan doa selesai, pengantin lelaki masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang walaupun Farhana membantah keras terhadap majlis itu kerana upacara itu adalah adat semata-mata. Bukannya wajib. Yang pentingnya adalah akad nikah. Setelah puas bertegang leher, akhirnya majlis tersebut dibuat juga tetapi di tempat tertutup, iaitu di dalam bilik dan hanya saudara terdekat sahaja yang boleh menyaksikan. Farhana memakai jubah berwarna kuning emas, tudung warna kuning cair dan selendang berwarna emas yang hanya dibiarkan tersangkut di lengan. Solekan nipis yang dikenakan di wajah Farhana menyebabkan wajahnya nampak natural. Manakala Faris memakai baju Melayu dan tengkolok warna sedondon, samping berwarna perak dan memakai blazer potongan baju Raihan tanpa dibutang supaya nampak baju Melayu yang dipakai di dalam.Setelah cincin disarung ke jari manis Farhana dan  dia menyalami suaminya, Faris segera mengucup dahi, pipi kanan, pipi kiri kemudian kucupan Faris hampir menyinggah ke bibir Farhana tetapi dihalang Farhana. Dia menolak lembut supaya suaminya tidak malu di hadapan sanak-saudara yang menyaksikan walaupun kalau diikutkan hati mahu saja dia menolak tubuh suaminya jauh-jauh. Kedengaran riuh suara memerli dan mengusik. Merah padam muka Farhana apabila diperli sebegitu.
            “Gelojoh betullah kamu ni Faris.”
            “Biarlah! Dah halal pun.”
“Yalah dah halal. Kot ya pun, tunggulah masuk bilik.”
“Lah…ni dalam biliklah ni. Kome tu yang masuk apahal?”
Berubah muka insan yang menegur perbuatan Faris tadi.
“Faris…sudahlah tu.” Farhana berbisik di telinga Faris untuk menenangkan suaminya.
Faris mengamati wajah wanita yang baru bergelar isterinya dan terus mengucup pipi kiri Farhana dan merangkul bahu Farhana. Kejap. Farhana terpana dengan aksi spontan Faris. Sanak-saudara yang melihat adegan itu galak mengusik sehingga merah padam muka Farhana.
            “Faris…control yourself.”
            “Lain kali jangan pakai macam ni. Cantik sangat saya tengok. Geram tahu tak?”
            “Mana ada cantik? Biasa saja.Saya selalu pakai macam ni ke tempat kerja.Takkan nak pakai kain batik pulak kot…”
            “Jangan komen apa-apa. Nanti saya cium lagi.”
Farhana merenung tajam wajah Faris yang sedang tersengih. Mereka ke meja makan yang dihias cantik. Setelah selesai makan, mereka sibuk melayan tetamu. Hari merangkak ke petang. Semua tetamu telah pulang kecuali sanak-saudara terdekat yang masih memenuhi ruang.Walaupun majlis perkahwinan di rumah pihak perempuan sudah selesai tetapi letihnya sampai ke pagi esok. Sudahlah keesokannya mereka perlu berangkat ke rumah pengantin lelaki. Maka, letihnya makin bertambah-tambah.
***********************
Selepas semua tetamu pulang, Farhana masuk ke dalam bilik untuk bersolat. Hanya sanak-saudara yang masih berkampung di rumah mertuanya di Changkat Jering. Setelah solat,dia mendaratkan dirinya di atas katil pengantin dan terlelap beberapa ketika. Dia tersedar apabila telinganya dihembus. Serta-merta matanya terbuka kerana terkejut dan berpaling ke arah telinganya dihembus tadi.
“Astaghfirullahal a’ziim…awak rupanya Faris. Terkejut saya. Nasib baik tak ada lemah jantung. Kalau tak, dah lama selamat jalan. Tak tentu pasal awak jadi duda ekspres.”
“Isshh! Kenapa cakap macam ni? Saya tak suka dengar. “
“Alahh…marah kita pulak. Dia tu yang datang tak beri salam.”
“Saya tak marahlah. Cuma takut.”
“Dahlah tu. Dah solat?”
Faris hanya menggelengkan kepala sambil berbaring di sebelah Farhana.
            “Pergilah solat dulu kalau nak baring pun. Tak elok melewatkan solat.”
Faris sengaja mengeraskan tubuhnya.
            “Faris…janganlah macam ni. Nanti tak ada keberkatan.Faris…bangunlah.”
            “Yalah…yalah…ustazah.”
Faris bangun dengan malas menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah solat, Faris kembali berbaring di sisi Farhana dalam keadaan membelakangkan Farhana. Farhana dapat menghidu ada sesuatu yang tak kena dengan Faris. Mungkin terasa dengan tegurannya sebentar tadi.
            “Faris…awak marahkan saya?” Tiada respon.
            “Kalau awak terasa, saya minta maaf ya.” Sepi.
‘Mungkin dia tidur. Tak apalah. Baik aku pergi mandi.’
Farhana segera bangun daripada pembaringannya. Baru kaki kanannya mencecah lantai, tangannya ditarik Faris.
            “Astaghfirullahal a’zhiim….Faris! Saya ingatkan awak tidur.” Farhana mengurut dadanya.
            “Awak nak pergi mana? Janganlah sensitif sangat.Saya tak marahkan awak pun tetapi saya bersyukur sebab dapat isteri yang perihatin macam awak .Cuma…jangan sesekali mencabar saya. Itu saya akan marah.”
            “Mana ada sensitif. Saya nak pergi mandilah. Dah nak masuk Maghrib.”
            “Mandi? Saya nak mandi jugak.”
“Kalau macam tu awak mandi dululah. Nanti saya mandi pulak.”
“Apa pulak macam tu? Kita mandi sekalilah.”
“Awak jangan nak mengarut, Faris!” Terjegil mata Farhana.Faris sudah tersenyum nakal.
“Mengarut apa pulak? Kita dah jadi suami isteri pun. Apa salahnya kita mandi sekali?”
“Tak boleh sebab… saya mandi lama.” Farhana mencari alasan.
“Apa masalahnya mandi lama? Kalau awak mandi dengan saya, saya boleh tolong mandikan. Barulah cepat.”
“Awak ni gatal,kan?”
“Ya. Memang saya gatal tapi saya gatal dengan isteri saya saja.”
“Faris…,saya rasa saya perlu berterus-terang dengan awak. Sebenarnya….”
“Sebenarnya apa?”
“Sebenarnya saya segan. Awak tahu kan yang saya ni tak biasa dengan kaum Adam?”
Faris hanya menganggukkan kepalanya.
            “Saya tahu tentang tu. Jadi?”
            “Jadi…,kalau saya tak mandi sekali dengan awak, awak marah tak? Saya perlukan masa untuk sesuaikan diri. Saya harap…sangat awak faham.”
Faris hanya tersenyum.
            “Itu saja?” Farhana pantas menganggukkan kepalanya.
            “Dengar sini.” Faris mendekati Farhana dan memegang leher isterinya.
            “Tak apa.Saya tak marah. Saya faham situasi awak. Awak pergilah mandi dulu. Saya mandi kemudian. Nanti kita solat sama-sama ya.”
Farhana yang pada awalnya cuak terus tersenyum.
“Terima kasih kerana memahami.”
Dia  terus berlari masuk ke bilik air. Faris tersenyum sendiri. Dia baring semula di atas katil pengantin. Hampir dua puluh minit, barulah Farhana keluar dari bilik air. Suaminya sudah terlelap.
            “Faris….Faris. Bangun mandi cepat.”
Faris tersedar dari lenanya. Matanya terus memandang Farhana yang sedang menyisir rambut di hadapan meja solek dalam keadaan berdiri. Dia melangkah untuk menghampiri isterinya.
            “Jangan dekat, Faris. Saya dah ada wuduk.”
            “Alah…relaxlah. Boleh ambik semula,kan?”
            “Memanglah syeikh tapi saya malas nak ambik semula.”
            “Syeikh? Kenapa panggil saya syeikh?”
            “Sebab tak tahu apa panggilan yang sesuai untuk awak. Cepatlah mandi. Maghrib dah masuk. Nanti lewat pulak kita solat.”
Faris hanya menurut perintah Farhana.
Selepas solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, mereka bersiap untuk turun makan malam. Faris hanya memakai t-shirt putih dan kain pelikat berwarna biru. Manakala Farhana memakai kain batik berwarna hitam, blaus berwarna ungu dan tudung bawal bidang 60 berwarna sedondon dengan blaus. Faris sangat hairan dengan pemakaian Farhana.
            “Farhana…saya tanya sikit,boleh?”
            “Tanyalah.” Farhana yang baru selesai memakai kerongsang terus berpusing menghadap suaminya sambil menyilangkan tudungnya ke belakang tetapi masih menutupi dada.
            “Kenapa pakai tudung? Kita kan dalam rumah?”
            “Oh…saya pakai tudung sebab sepupu-sepupu awak masih ada di bawah. Apa yang ada pada saya adalah hak suami dan mahram saya. Orang lain tak boleh tengok. Saya menjawab soalan awak,ka ?”
Faris mengangkat keningnya. Di dalam hatinya,dia sangat bersyukur kerana mengambil Farhana sebagai suri hidupnya. Sampai begitu sekali dia menjaga hak suami dan mahram.
            “Beruntung betul siapa yang jadi suami awak. Siapa ya orang yang beruntung tu?”
Farhana membuat muka malas melayan. Dia sengaja menggaru keningnya yang tidak gatal sambil mengerutkannya. Faris yang dapat membaca reaksi isterinya menggeletek pinggang Farhana.
            “Faris…cukup Faris! Gelilah.” Mengah Farhana dibuatnya.
            “Lain kali buat macam tu lagi ya.” Farhana menggelengkan kepalanya. Faris terus memeluk tubuh isterinya yang rendah dua inci daripadanya.
            “Farhana…boleh tak kalau tak ber’saya’ dan ber’awak’?”
            “Habis nak bahasakan apa? Habibi? Abang?”
            “ Emmm....perkataan yang sedap didengar.”
            “Sayang?” Faris menganggukkan kepalanya.
“ Alah…seganlah.”
            “Tak apa. Belajarlah perlahan-lahan dan bahasakan diri sayang dengan nama. Boleh?”
            “ Ana cuba ek tapi kalau ambik masa, jangan marah Ana ya.”
            “Okay, jom turun.”
Faris memegang tangan isterinya sebelum menuruni tangga. Sebaik sahaja sampai di anak tangga terakhir, suara usikan mula bergema.
            “Hei, pengantin baru ni macam belangkas. Berkepit memanjang.” Suara Firdaus mengusik.
            “Biarlah…dah nikah pun.” Mama Faris membela.
            “Tahniah Ana. Faris.”
            “Aik?! Bila sampai? Mana Abdullah?”
            “Tulah…asyik duk dalam bilik sahaja. Sampaikan abang datang pun tak bersambut.Dia ada kat luar.”
            “Letihlah… Maaf ek.Jangan ambik hati ya.”
Dada Faris sudah berombak kencang. Dia tidak tahu mengapa mesti dia cemburu dengan kemesraan biras dan isterinya. Tangannya masih kejap memegang tangan Farhana. Farhana menarik tangan Faris dan berjalan ke luar. Dia mencari Abdullah.
            “Abdullah…mari sini kat ibu sekejap. Cepat.”
Abdullah berlari ke arah Farhana yang sudah melutut sambil mendepangkan tangannya. Sebaik sahaja Abdullah berada dalam pelukannya, terus dia berdiri. Faris di sebelah hanya memerhati.
            “Sayang ibu ni makin nakal ya. Sayang ibu ni tak lapar,ka?”
Abdullah mengangguk sambil memegang perutnya.
            “Oh…,sayang ibu ni lapar rupanya. Jom kita makan dengan Abah Faris.” Faris tersentak  apabila Farhana menyebut namanya. Farhana pelik dengan Faris yang berubah perwatakan secara tiba-tiba. Pasif dan mendiamkan diri sepanjang Farhana melayan kerenah anak saudaranya.
            “ Kenapa ni?”
Tiada reaksi. Farhana menurunkan Abdullah dari dukungannya.  Dia mengusap dada suaminya. Lembut. Faris dapat merasakan bulu romanya meremang.
            “ Kenapa ni? Ada masalah ek? Senyumlah sikit. Tak handsomelah buat muka macam ni. Nampak garang.”
Faris terus tersenyum meleret. Baru dia tahu bahawa isterinya pandai memujuk dan menggoda.
            “Barulah comel.”
            “Comel? Ingat abang ni Abdullah ya?!” Faris mahu menggeletek pinggang isterinya.
            “Ana tak nak main geletek-geletek. Please…”
Faris sengaja mengacah sebenarnya. Mereka masuk ke dalam rumah untuk makan malam. Sebaik usai makan malam, mereka terus masuk ke bilik untuk berehat.
            “ Ana minta maaf ya kalau Ana ada buat salah.”
            “Kenapa  minta maaf ni?”
            “Ana minta maaf sebab mungkin Ana ada buat dosa yang Ana tak sedar. Manalah nak tahu kalau malam ni adalah malam akhir Ana bernafas, sekurang-kurangnya Ana jumpa Allah dalam keadaan suami Ana redha dengan Ana.”
            “Shhuuttt…sayang janganlah cakap macam ni. Ana ni kadang-kadang menakutkanlah. Walau apa-apa pun yang terjadi, abang akan sentiasa maafkan sayang. Setakat ni, tak ada apa-apa yang perlu abang maafkan. Sebab sayang tak buat salah pun. Cuma abang agak takut dengan satu perkara.”
“Apa yang menakutkan tu?”
Faris memegang pipi kiri Farhana.
            “Abang takut kehilangan sayang. Serius abang katakan yang abang cemburu sewaktu sayang cakap dengan Abang Firdaus tadi. Cara dia pandang sayang macam dia ada hati dengan sayang.”
            “Ana rasa Ana kena cerita kepada abang perkara ni sebelum abang dengar daripada orang lain. Sebenarnya, Abang Firdaus pernah masuk meminang Ana dua bulan selepas arwah Kak  Farihah Solehah meninggal tetapi Ana tolak sebab Ana masih belajar waktu tu. Ana anggap dia macam abang kandung Ana sendiri. Tak lebih daripada itu.”
            “Ana, kalau abang tanya sikit,boleh?”
            “Ai?! Sejak bila pula suami Ana ni minta izin kalau nak tanya soalan? Tanya saja. Abang ada hak untuk bertanya. Lagipun kita baru saja kenal. Tiba-tiba terus kahwin.”
            “Sayang marah abang kerana paksa sayang kahwin?”
            “Secara jujurnya, memang pada permulaan Ana marah dan agak berdendam tetapi Ana fikir bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.Ana redha saja kalau sudah jodoh kita begini permulaannya.”
            “Ana pernah bercinta sebelum ni?”
            “Tak. Sebab… Ana mudah sayangkan orang. Ana bimbang kalau Ana yang beria-ria sayang dia tapi dia tak menghargai Ana. Eemmm…Ana nak tahu kenapa abang sanggup nikah dengan Ana sedangkan kita baru kenal dan kalau nak kata Ana cantik, Ana rasa taklah cantik sangat.Kulit abang lagi cerah daripada kulit Ana. Muka abang juga ada rupalah orang kata. Sekali tengok macam Jericho Rosales.”
            “Jericho Rosales? Siapa tu?”
            “Alahh…dia pelakon Filipina yang jadi hero dalam cerita Pangako Sayo.”
            “Handsome, tak? Kalau handsome, abanglah tu yang berlakon sebenarnya.”
            “Masalah alam betullah kalau ada orang perasan tahap gaban macam ni…” Farhana berkata-kata dalam nada berbisik.
            “Apa Ana cakap?”
            “Tak ada apa cuma…orang kat sebelah ni perasan sangat.”
Faris merangkul pinggang isterinya dan terus menggeletek. Farhana berusaha melepaskan diri daripada digeletek.
            “Tak nak dah. Tak nak dah.Abang…please stop it!Kalau tak, Ana tidur kat luar malam ni.Gelilah…” Akhirnya ugutannya berhasil menghentikan perbuatan Faris. Termengah-mengah Farhana dibuatnya. Faris menutup suis lampu tidur. Farhana dapat merasakan tangan Faris memegang ubun-ubunnya.
            “ Ya Allah…,Kau lindungilah aku, isteriku dan zuriat kami yang bakal lahir dalam hidup kami daripada gangguan Syaitan. Amiin…”
Farhana diam kerana dia terkedu dengan doa yang dibaca suaminya.
            “Sayang, abang minta maaf pasal tadi. Tidurlah…dah lewat ni.”
*********************
            ‘Nak beritahu atau tak?’ Berkali-kali soalan yang sama berlegar di fikiran Farhana.
            ‘Tak boleh jadi ni. Kena beritahu. Kalau tidak, susah nak buat latihan nasyid nanti.’
Terus dia teringat perbualannya dengan Ustazah Sarimah.
            “Ana, kita tak ada guru nasyid sekarang ni. Memandangkan Ana boleh bertaranum dan ada background penyanyi nasyid, jadi kami,sof ustaz dan ustazah dah memutuskan Ana jadi guru nasyid. Latihan akan diadakan di surau asrama. Majlis Tilawah Al-quran (MTQ) lagi tiga minggu. Lepas tu ada pertandingan nasyid antidadah pulak.Kita dah kesuntukan masa. Boleh,ka?”
            “Sebenarnya saya bukan tak nak mengajar nasyid tu tapi…”
            “Alahh…bolehlah. Takkan sebab dah nikah tak boleh ajar?”
“Bukan macam tu, akak tapi… “
“Tak ada tapi-tapi lagi. Masa dah suntuk ni. Boleh ya?”
Farhana tiada pilihan. Dia terpaksa menerima tugasan tambahan itu.
            ‘Tak boleh jadi ni. Perlu beritahu.’ Farhana nekad.
“Abang…,Ana nak ganggu kejap, boleh?”
Mata Faris yang khusyuk tertumpu di kaca televisyen segera mencari susuk tubuh isterinya. Rupanya ada dibelakang.
            “Abang tak pernah rasa terganggu dengan isteri abang ni. Sayang nak apa?”
            “Kalau Ana cakap, abang jangan marah ya.” Faris hanya menanti dan masih menonton cerita di kaca televisyen di hadapannya.
            “Isnin minggu depan Ana dah mula kerja. Jadi…, Ana nak balik ke rumah Ana di Masjid Tinggi. Boleh tak?” Serta-merta pandangan Faris beralih ke wajah Farhana yang sudah mula kecut perut.
            “Boleh Ana beritahu abang atas keperluan apa Ana perlu balik ke sana?”
            “Bahan-bahan mengajar ada di sana.”
            “Oh…,kalau macam tu, nanti kita ambik.”
            “Ana nak terus tinggal di sana.” Memek muka Faris sudah berubah.
            “Kenapa pulak nak tinggal di sana? Macam mana dengan mama?”
            “Fakhrul,kan ada? Setiap hujung mingu kita baliklah jenguk mama atau kita ajak mama tinggal dengan kita.”
            “Amboi…,senang Ana cakap! Dia tu bukan lekat kat rumah. Kalau terjadi apa-apa kat mama, macam mana? Lagipun mama tak mahu punya. Nanti tak sampai seminggu, dah nak balik. Dia rindu kat ayam itiklah. Ayam itik rindu kat dialah. Kalau arwah papa ada, tak apalah.”
            “Kalau abang tak sudi nak tinggal di rumah Ana, abang tinggal dengan mama dan Ana akan tinggal di rumah Ana. Boleh?”
            “No way, Ana!” Farhana terkejut dengan tengkingan Faris. Dia mengurut dadanya.
            “Abang tak izinkan dan abang takkan biarkan Ana tinggal di rumah tu seorang diri. Tak akan!” Dada Faris berombak melawan perasaan marah yang menyerang tiba-tiba.Merah mukanya. Farhana sudah terdiam sambil menguak rambutnya yang tidak diikat ke belakang. Dia sendiri cuba mengawal perasaan. Sepi seketika.
            “Abang…”
            “Cukup Ana! Abang tak nak bincang hal ni lagi. Walau apa-apa pun yang terjadi, kita tetap akan tinggal dengan mama dan setiap hujung minggu kita akan balik rumah ummi dan abi. Fullstop.”
Farhana menghela nafas. Berat. Migrain menyerang kembali.
**********************
Kedengaran deruman kereta masuk ke garaj. Farhana keluar dari perut kereta MyVinya lalu menghampiri pintu rumah banglo dua tingkat itu.Belum sempat Farhana memulas tombol pintu, Faris terlebih dahulu membukanya dari dalam. Farhana terpempan.
            ‘’Assalaamu’alaikum.’’ Farhana menyalami suaminya.
            ‘’Wa’alaikumussalam. Ingatkan dah tak ingat nak balik.’’
Farhana terus bergerak ke dapur untuk membasahkan tekak. Tindakan bersahaja Farhana menyebabkan baran Faris menerpa.
            “ Ana, I’m talking to you!”
Farhana terus meneguk air sejuk yang telah dituang ke dalam gelas kaca. Setelah habis segelas, dituang sekali lagi dan terus diteguk segelas lagi. Faris mula berang. Dia merampas gelas kaca daripada tangan Farhana.
            “What’s wrong with you, Faris? Now…already midnight. Control your voice!”
            “ Kenapa bising-bising ni? ”
Mereka berdua berpaling serentak ke arah suara di pintu dapur.
            “Mama…maaflah mama kalau suara kami mengganggu tidur mama. Mama nak air,ka?” Farhana bertanya sambil bersalam dengan ibu mertuanya lalu dicium pipi tua itu. Ibu mertuanya hanya mengangguk tanda dia sememangnya ingin mengambil air. Setelah Farhana mengambilkan air untuk ibu mertuanya, dia terus ke biliknya di bahagian atas.
            “Kenapa dengan kamu ni, Faris?”
            “Ana baru saja balik, kamu dah melenting tak tentu hala. Kalau kamu tahu penat selepas balik kerja, macam tu jugak Ana rasa. Dahlah sekolah dia mengajar tu jauh. Di Sungai Gedong nun. Nak balik ke sini ambik masa dekat sejam setengah. Kamu tu 45 minit dah sampai rumah dari tempat kerja kamu. Bertimbang-rasalah sikit.”
Faris terkedu dengan teguran mamanya. Tentu mamanya telah mendengar pertengkaran mereka sebentar  tadi. Setelah mamanya masuk tidur semula, dia duduk di sofa ruang tamu untuk menenangkan fikiran. Setelah setengah jam dia berada di situ, dia bangun dan masuk ke bilik. Bilik sudah gelap. Hanya cahaya samar lampu tidur yang menerangi bilik. Dia terpandang sekeping kertas yang tercatat sesuatu dan ditindih dengan handphonenya. Segera dia menyalakan torchlight handphonenya untuk melihat nota ringkas itu.
            Salam. Maaf krn xdpt tggu abang. Ana letih sgt. Ngantuk.
Rasa sebak dan bersalah tiba-tiba bertandang dibenaknya. Dia menghalakan torchlight ke arah Farhana. Nyenyak. Muka Farhana tidak dapat dilihat kerana ditutupi rambutnya. Faris merebahkan badannya di sebelah isterinya sambil menguak rambut Farhana ke belakang supaya dia dapat melihat wajah itu.
            ‘Ana…abang minta maaf ,ya sayang. Abang rindukan sayang sebenarnya.’
Faris mengucup dahi dan pipi isterinya. Tanpa disedari air matanya menitis dan terkena pipi Farhana. Farhana membuka matanya sekejap sebelum mengubah posisi dan tidur semula.
********************
            Setelah selesai solat sunat Tahajud dan solat sunat Witir, Farhana terus memulakan perjalanan ke sekolah seperti biasa. Nanti dia akan berhenti di Masjid Jamek Kamunting untuk solat Subuh.
            Faris tersedar apabila azan Subuh di surau berdekatan berkumandang. Dia meraba-raba di sebelah. Kosong. Cepat-cepat dia bangun dan memetik suis lampu. Sebaik sahaja bilik terang-benderang, dia melihat pakaian kerjanya yang sudah digosok tergantung di belakang pintu bilik. Begitulah keadaan setiap hari yang dilalui selepas Farhana mula mengajar. Hampir dua bulan seperti itu. Kadangkala dia rasa seperti dia masih bujang. Pergi dan pulang kerja tidak dihantar dan disambut isteri.Dia mencapai tuala dan ingin masuk ke bilik air. Tiba-tiba dia terpandang satu kertas kecil seperti semalam. Dengan pantas dia mencapai nota ringkas tersebut lalu membacanya.
            Salam. Maaf krn Ana xkejutkan abang. Abang nmpk letih. Takut nak ggu.Maaf jgk utk kes smlm.Jg dri dan iman bebaik. Maaf skali lg.
Tiba-tiba Faris dapat merasakan degupan jantungnya hilang rentak. Tiba-tiba sahaja berdebar-debar. Peluh sudah membasahi dahi. Kakinya terasa sejuk serta-merta.
            ‘Jaga diri dan iman baik-baik.’ Berkali-kali ayat yang sama diulang di dalam hati.
            “Astaghfirullahal a’ziim…kenapa dengan aku ni, ya Allah? Kau peliharalah isteriku daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan. Sesungguhnya Kaulah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung.”
Lama Faris beristighfar untuk menenangkan diri.
            “Ahh…mungkin aku terlalu rindukan dia.”
Faris segera membersihkan diri dan mendirikan solat Subuh. Dia membaca doa yang sama seperti tadi. Setelah itu, dia menyarungkan pakaian pejabatnya ke tubuh. Rentak jantungnya tidak teratur kembali. Kakinya masih terasa sejuk. Setelah selesai, dia turun untuk bersarapan. Dia segera menuang air Vico kegemarannya ke dalam cawan. Tangannya menggeletar. Debaran di dada masih tak keruan. Dia meletakkan semula teko di atas meja. Tiba-tiba tertepis piring pelapik teko. Terbelah dua piring tersebut apabila mendarat di lantai. Faris terus mengambil handphonenya di dalam poket seluar lalu nombor handset Farhana didail. Tiada jawapan. Nombor yang sama didail lagi. Masih tiada jawapan. Faris terus keluar untuk ke tempat kerjanya. Ketika memandu, handphonenya berbunyi.
            “Assalaamua’laikum…”
Insan dihujung sana menjawab salam dan terus bercerita. Brek ditekan mengejut. Talian dimatikan. Dadanya berdebar-debar.
            “Innalillahi wa inna ilaihiraajiu’n…ini rupanya berita yang bakal mendatangiku,ya Allah….” Faris terus memecut keretanya ke Hospital Besar Taiping.
            “Nurse, where is my wife?”
            “What’s your wife’s name?”
            “Nur Farhana Najihah Binti Nuh Faatihunna’im.”
            “She’s still in emergency room. Follow me. I’ll show you.”
Faris mengangguk dan mengekori jururawat tersebut. Setelah sejam Faris menanti di luar bilik kecemasan, barulah pintu bilik itu dikuak dari dalam. Faris segera mendapatkan doktor yang merawat isterinya.
            “Bagaimana keadaan isteri saya?”
            “Mari ikut saya ke bilik.”
Faris hanya mengikut arahan doktor yang tertera di name tagnya,Qistina. Setelah Faris duduk di kerusi yang disediakan, barulah Dr.Qistina memulakan bicara.
            “Keadaan isteri encik belum stabil. Kami perlu membuat pemeriksaan lanjut kerana…”
“Kerana apa,doktor?”
“Kebarangkalian isteri encik akan hilang ingatan  disebabkan hentakan yang agak kuat di kepalanya tapi pihak kami hanya menjangkakan sahaja.Kita perlu tunggu dia sedar untuk mengetahuinya.”
Faris menyisir rambutnya dengan tangan. Kasar tindakannya.
            “And…one more thing. She’s pregnant.”
            “What?! How many months?”
            ‘Patutlah sejak kebelakangan ini dia nampak letih dan kerap pening kepala.’
            “Around two.”
            “How about her pregnancy?”
            “Emmm…so far it’s okay. But… if it will give bad effect to your wife, I needs to proceed for abortion.”
Pantas bibir Faris melantunkan istighfar sambil menggelengkan kepalanya. Air matanya sudah bertakung menanti empangannya pecah.
            “Boleh saya melawat isteri saya?”
            “Boleh tetapi dia masih tidak sedarkan diri kesan ubat bius yang kami gunakan.”
            “Thanks, doctor.”
Faris terus keluar dari bilik Dr.Qistina dan pantas melangkah ke wad isterinya ditempatkan. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia melihat sekujur tubuh yang berbalut di kepala. Salur air dan darah disambungkan ke tangan Farhana.Wayar berselirat di bahagian dada. Dada Farhana berombak perlahan.Dia diberi bantuan pernafasan. Air mata Faris yang berjaya diempang tadi sudah tidak berjaya dibendung kala ini. Dia terduduk di sisi locker yang berhampiran katil. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Tiba-tiba dia merasakan jiwanya sepi. Keadaan sebegitu mengingatkan dia tentang sikapnya terhadap Farhana sejak akhir-akhir ini. Mereka kerap bertengkar dan pertengkaran mereka pasti akan diakhiri dengan sikap Farhana yang suka beralah. Pernah satu malam, Faris hampir menampar wajah Farhana kerana terlalu lewat sampai di rumah mamanya di Changkat Jering.
            “Awak pergi mana ni? Tengok sekarang jam sudah pukul berapa?”
Mata dan wajah Faris sudah merah. Giginya sudah bergesel antara satu sama lain. Farhana yang baru tiba pada ketika itu, sudah mendaratkan tubuhnya di sofa. Matanya dipejam. Pening kepalanya menyerang semula.
“Dah lupa tanggungjawab? Awak tu isteri saya dan seorang isteri perlu ada di samping suaminya.”
Farhana masih memejamkan matanya. Dia tahu suaminya sedang marah. Bahasanya pun sudah bertukar daripada ‘sayang’ kepada ‘awak’.
            “Nur Farhana Najihah! I’m talking to you!”
Farhana bangun dari sofa kerana tidak tahan dengan tengkingan Faris yang bergema di setiap sudut rumah.
            “Faris! Boleh tak perlahankan suara awak? Kalau mama terjaga macam mana? Saya tahu saya isteri awak dan saya tahu tanggungjawab saya sebagai isteri awak, Encik Faris tapi awak perlu tahu saya jugak ada tanggungjawab lain.”
            “Tanggungjawab lain konon?”
Telinga Farhana mula panas.
            “ Kalau tak cakap perkataan konon boleh tak?!”
Lama ruang tamu itu sepi sebentar kerana masing-masing sedang mengawal emosi.Agak lama melayan perasaan akhirnya Farhana bersuara.
            “Ana minta maaf. Ana ada banyak kerja tadi. Petang tadi ada mesyuarat. Jadi,latihan nasyid terpaksa dibuat pada waktu malam. Jam 11 malam baru habis. Sebab tu Ana sampai lewat.”
            “Alasan!”
            “Terpulanglah pada abang sama ada nak percaya atau tidak. Dulu Ana minta izin abang untuk tinggal di rumah Ana kat Masjid Tinggi, abang tak izinkan. Sekarang, Ana balik lewat abang marah, tengking dan tuduh yang bukan-bukan.”
            “Cukup! Aku dah cakap,kan jangan ungkit lagi soal ni!”
            “Kalau beginilah keadaan kita, Ana rasa lebih baik kita berpisah saja. Kita tak serasi.”
Mata Faris sudah tajam merenung Farhana.
            “Oh…,tak serasi! Atau kau tu dah ada lelaki lain?!”
            “Apa yang abang cakap ni? Jaga sikit mulut abang ek. Sepanjang hidup Ana, Ana tak pernah rapat dengan lelaki bukan mahram Ana sehinggalah Ana berjumpa dengan abang yang memaksa Ana bernikah….”
Kata-kata Farhana terhenti apabila tangan Faris hampir menyinggah di wajahnya.
            “Faris!” Tiba-tiba suara mamanya kedengaran.         
            “Tamparlah, abang. Kalau abang rasa dengan penampar abang ni boleh menyelesaikan masalah.”
            “Ana…sudah Ana. Jangan dilayan baran Faris tu. Dah.Pergi masuk bilik.”
Farhana hanya menurut perintah ibu mertuanya. Dia segera menaiki anak tangga dan terus masuk ke bilik. Setelah dia membuka tudung dan melempar beg tangannya, dia terus masuk ke bilik air. Dia menangis sepuas-puasnya.
            ‘Ya Allah…Ampunkanlah dosaku kerana aku sudah meninggikan suara terhadap suamiku. Aku dah tak tahan lagi…,ya Allah. Aku dah tak tahan…Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.’
Lama Farhana menangis di hadapan cermin. Dia mengambil wuduk apabila tangisannya sudah reda. Kemudian, dia bersolat sunat taubat kerana mungkin disebabkan dosa-dosa yang telah dilakukan di luar sedar menyebabkan rumahtangganya kerap bergolak sejak akhir-akhir ini. Setelah selesai solat dan melipat telekung, tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar. Farhana berpusing ke arah pintu untuk melihat siapa gerangan yang membuka pintu meskipun dia tahu Farislah orangnya. Pandangan mata mereka bertemu. Renungan mata Faris kelihatan lembut kala ini. Matanya tertumpu ke arah hidung Farhana yang kemerahan. Dia tahu itu kesan daripada tangisan. Inilah kali kedua dia melihat wajah Farhana seperti itu. Kali pertama ketika dia mengugut dan memaksa Farhana berkahwin dengannya dulu. Farhana duduk di birai katil sambil memicit kepalanya yang sakit semula sambil memejam mata dan cuba mencapai minyak cap kapak yang ada di sisi katil. Faris menghampiri tetapi segera ditolak Farhana.
            “Ana…are you okay?”
            “ Okay.” Farhana menolak tangan sasa Faris yang membantu memicit kepalanya.
            “Ana minta maaf. Ana nak tidur.”
            “Ana…”
            “Please abang…Ana dah letih bertekak. Ana letih sangat ni. Tolonglah faham.”
Air mata Farhana menitis lagi di pipi. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sangat sensitif sejak akhir-akhir ini.
            “Ana…abang minta maaf ya. Abang tak dapat nak kawal panas baran abang tadi. Abang tahu abang yang bersalah. Abang sayang Ana. Abang rindukan Ana. Abang rindukan bau Ana, gelak tawa Ana dan segala-galanya tentang Ana. Maafkan abang ya…”
Faris mencium pipi dan ubun-ubun Farhana. Air matanya mengalir. Mata mereka bertatapan. Lama.
Faris tersedar dari lamunannya apabila katil Farhana dirawat bergerak kuat tiba-tiba. Faris yang bersandar di sisi locker tadi segera bangun untuk melihat bagaimana keadaan Farhana. Nafas Farhana sudah turun naik. Graf nadi di monitor Cardiogram sudah semakin menurun. Faris menekan button kecemasan di kepala katil. Tidak sampai 5 minit, doktor perempuan tadi masuk dengan pantas bersama beberapa orang jururawat.
            “Encik, tolong tunggu di luar.” Salah seorang jururawat yang masuk tadi bersuara. Faris terpaksa akur dengan arahan itu.
‘Ya Allah…selamatkanlah isteriku. Aku amat menyayanginya. Berilah aku peluang untuk menebus kesalahanku terhadapnya.’
Air mata Faris menitis lagi.
            “Encik ….,isteri encik sudah sedar.” Tiba-tiba seorang jururawat menyapa.
            “Alhamdulillah…”
Faris segera berlari masuk ke wad isterinya tadi. Setelah tiba di hadapan isterinya, wajah Farhana yang tenang sedang melihat ke arahnya. Pandangan mata mereka bersabung. Lama. Air mata Faris sudah mengalir deras. Air mata Farhana juga sudah menabiri kelopak mata.
            “Kenapa sampai begini jadinya, sayang?” Faris memegang tangan Farhana. Erat. Sejuk tangan Farhana. Farhana membuka alat bantuan pernafasan dan cuba untuk bangun.
            “Abang…”
Faris terus memeluk Farhana. Spontan Farhana menjerit kesakitan.
            “Maaf, sayang. Abang excited dapat peluk isteri abang.”
Tangan kanan Farhana yang berbalut akibat terseliuh menyentuh muka Faris. Faris mengucup wajah isterinya bertubi-tubi sehingga lemas Farhana dibuatnya.
            “Abang…sudahlah. Ana sakitlah.”
            “Okay.” Faris duduk di atas kerusi yang berada di sisi katil Farhana. Dia membelai rambut Farhana.
“Abang…macam mana Ana boleh ada kat sini?”
“Ana tak ingat apa yang berlaku? Cuma Ana ingat balik.”
Farhana cuba mengingati. Dahinya berkerut-kerut. Lama.
            “Yang Ana ingat waktu tu pagi dan kepala Ana pening. Ana rasa Ana ada langgar something yang keras tapi tak tahu benda apa.”
Faris tersenyum melihat cara Farhana bercerita. Gaya pelajar darjah satu bercerita. Lama Farhana ditenung. Dari dahi yang benjol, mata redup, hidung mancung, dagu terbelah dan matanya terhenti di dada Farhana yang terdedah kerana wayar masih berselirat di bahagian itu. Jantungnya berdegup kencang. Farhana mula tidak selesa dengan tenungan suaminya sendiri. Dia menutup mata Faris dengan tangan kirinya. Faris tersentak.
            “Apa ni Ana?”
            “Abang tu yang tenung Ana macam nak makan kenapa pulak?”
            “Kita kena menghargai ciptaan Tuhan.”
            “Yalah tu. Jangan tenung lama-lama. Kalau rindu nanti, susah pulak.”
            “ Apa pulak susahnya? Abang ciumlah Ana.”
            “Yalah…kalau Ana ada kursus, macam mana?”
            “Abang ikut Ana.”
            “Habis…kerja abang macam mana pulak?”
            “Ya tak ya jugak. Ana…boleh tak kalau kita tukar topik?”
            “Yalah…kita bincang tentang nama anak kita,ka? Tentang perancangan masa depan,ka?”
            “Nama anak? Apa yang abang mengarut ni?”
            “Apa pulak mengarut? Betullah. Tadi doktor yang rawat Ana cakap kat abang yang Ana mengandung. Dah masuk bulan kedua.”
            “What? Are you serious?”
            “Yes. I’m very serious.”
            “Alhamdulillah…taklah sunyi sangat dan kita tak perlulah bergaduh lagi.”
Faris merenung wajah Farhana. Rasa bersalah mula menerpa. Farhana membalas renungan suaminya. Pandangan mereka bersatu.
            “Ana menyesal berkahwin dengan abang?”
            “Apa yang abang mengarut ni? Ana tak pernah menyesal berkahwin dengan abang. Malah Ana rasa beruntung dapat suami yang penyayang, baik dan handsome. Cuma Ana tak suka tengok abang sewaktu baran abang datang. Rasa macam suami Ana gorilla. Menakutkan.”
            “Abang minta maaf ya. Abang jadi macam tu kalau abang tak dapat sesuatu yang abang nak.  Abang rindukan belaian Ana. Abang rasa sunyi sangat kalau Ana pergi kerja. Dahlah balik lewat.”
            “Ana minta maaf jugak kerana tak dapat menjadi isteri yang baik untuk abang. Emmm…Ana nak tanya something yang abang tak suka dengar. Abang jangan marah ya.”
Faris menanti Farhana meneruskan kata-katanya.
            “Boleh tak abang pertimbangkan untuk Ana tinggal kat rumah Ana di Masjid Tinggi? Ana bimbang kesihatan Ana selepas ni tak mengizinkan Ana memandu jarak jauh.”
Tangan kiri Farhana sudah mengusap dada Faris kerana dia bimbang suaminya akan melenting tiba-tiba. Namun, sangkaannya meleset. Faris tersenyum sambil mengusap ubun-ubun Farhana.
            “Ana…abang tengok dahi Ana ni macam ikan flowerhornlah.”
            “ Amboi…,ini kes tak sayang mulut nih!” Tangan kiri Faris dicubit.
            “ Sakitlah Ana. Sejak bila pandai mengetam ni?”
            “ Entahlah…automatic. Sakit ek? Maaflah ya.
            “ Mungkin pembawa budak kot. Jangan anak abang nanti suka mengetam orang cukup.”
            “ Tak adalah. Ana jarang mengetam orang. Orang tertentu saja yang dapat merasa ketam Ana ni.”
            “ Siapa orang tertentu tu Ana? Mesti orangnya handsome,kan?”
            “Alamak! Dah datang dah penyakit perasan dia.” Ana memegang dahinya.
            “Alah…Ana. Bukan selalu dapat bergurau dengan Ana macam ni.”
Faris sedang menyisir bulu roma di lengan Farhana dengan jarinya.
            “ Ana ni kan sebenarnya berkulit cerahlah jugak. Bulu roma Ana ni yang menyebabkan kulit Ana nampak gelap. Gelap sikit sajalah.” Faris masih mengelus-elus bulu roma di lengan Farhana.
            “Abang ni tak pernah tengok bulu roma,ya sebelum ni?”
            “Kenapa tanya macam tu?”
Agak lama Faris menanti jawapan.
            “Sebenarnya…Ana geli abang buat macam ni.”
            “Ana…abang tak pernah tengok Ana dalam keadaan seksi macam ni.” Faris berbisik sambil menggeselkan hidungnya ke leher Farhana. Farhana segera mencari punca dia kelihatan seksi kala ini. Rupanya baru dia perasan yang pakaian khas untuk pesakit hospital yang dipakainya terlorot sehingga menampakkan bahagian atas buah dada dan tali coli yang dipakainya. Farhana segera membetulkan pakaian yang dipakai. Sketsa pendek itu terhenti apabila seorang jururawat menghidangkan makanan untuk Farhana. Farhana yang sememangnya sedang lapar terus mencapai makanan tersebut.
            “Bolehkah Ana nak suap sendiri? Biar abang suapkanlah.”
            “Tak payahlah. Menyusahkan abang saja. Ana boleh suap sendiri. Tangan Ana hanya terseliuh. Lagipun Ana kan kidal.”
            “Takkan Ana nak suap guna tangan kiri? Ana sendiri tahukan apa-apa kerja yang dimulakan dengan sebelah kiri ada makhluk lain tumpang sama. Sekarang abang gunakan kuasa abang sebagai suami. Ana kena ikut cakap abang. Biar abang yang suapkan. Kalau tidak, jangan makan.”
Faris terus merampas pinggan yang berisi makanan tengahari tersebut. Farhana terdiam dan baring semula kerana agak tersinggung dengan kata-kata Faris sebentar tadi. Faris dapat menghidu perubahan ekspresi muka Farhana.
            “Ana…abang minta maaf kalau Ana terasa dengan kata-kata abang tadi. Abang kasihan tengok Ana terkial-kial menyuap. Apa salahnya kalau abang suapkan?”
Diam. Tiada respon daripada Farhana.
“Please…Ana. Jangan buat abang macam ni.”
“Tadikan abang ada cakap…kalau tidak,jangan makan. Jadi, tak perlulah makan.”
Air mata Farhana sudah bertakung di kelopak mata dan dia melemparkan pandangannya ke arah lain.
            “Ana…abang sayang Ana. Sepanjang kita bersama, tak pernah sekalipun Ana menyusahkan abang tapi abang yang selalu menyusahkan Ana. Please…Ana. Makanlah sikit. Ana bukan makan untuk seorang lagi tapi untuk dua orang.”
Farhana melihat mata Faris sudah berkaca. Faris sudah memegang pipi Farhana dan dikucup pipi insan yang hampir empat bulan menjadi isterinya itu. Lantas Farhana memeluk tubuh suaminya. Pelukannya dibalas. Erat. Agak lama mereka begitu.
            “Abang…Ana minta maaf ya.” Pelukan terungkai. Faris mengangguk seraya mengucup pipi kiri Farhana sekali lagi. Faris mencapai pinggan berisi makanan lalu disuap makanan itu ke mulut Farhana dengan menggunakan sudu.
****************
            Setelah seminggu pulang dari hospital, Faris terus menyuarakan hasrat mereka untuk berpindah ke rumah Farhana di Masjid Tinggi kepada mamanya. Ternyata tiada halangan daripada mamanya. Cuma mamanya tidak turut serta berpindah ke rumah mereka. Sebaik tiba di rumah teres setingkat yang mempunyai tiga bilik bernilai hampir RM300,000 itu, Faris dapat merasakan sesuatu yang luar biasa berlaku pada dirinya. Dia meneliti setiap sudut rumah dari ruang tamu sehingga ke dapur. Setiap ruang digantung dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Dia berhenti di salah satu tingkap yang ada di dapur. Dia meninjau keluar.
            “Subhaanallah….cantiknya.” Hanya ucapan itu yang mampu diungkap apabila dia melihat sawah padi yang menghijau dan luas terbentang di hadapan mata. Cukup menenangkan.Ketika dia asyik menghayati alam, tiba-tiba panggilan isterinya mengganggu.
            “Abang… kenapa ni? Tak suka ek. Ana tahu rumah Ana ni taklah besar sangat macam rumah mama.”
            “Apa sayang merepek ni? Abang tak cakap apa-apa pun.” Faris memeluk Farhana dari belakang sambil mengucup pipi dan leher isteri tersayang.
            “Baru abang tahu kenapa Ana beria nak pindah ke sini.”
            “Kenapa apa pulak? Ana ajak pindah sebab rumah ni dekat dengan sekolah yang Ana mengajar.”
            “Ya,ka? Bukan sebab lain?”
            “Lahh…sebab apa pulak? Betul…tak ada sebab lain. Kenapa abang tanya macam ni? Abang tak percayakan Ana ek?”
            “Bukan tak percaya tapi abang dapat rasa rumah ni sangat lain suasananya. Cukup menenangkan. Abang rasa macam tinggal kat luar negara.”
            “Ya,ka?” Hanya ciuman Faris yang hinggap di pipi Farhana sebagai tanda menjawab soalan.
            “Ana… I love you so much.” Faris mengucup leher Farhana dari belakang.
            “I love you too… because of Allah.” Farhana membalas sambil meleraikan pelukan Faris sebelum menghadap ke arah suaminya. Lantas dia mencium pipi kanan dan pipi kiri suaminya.
            “Abang…,jom kita kemas barang dulu. Emmm…nak minta tolong boleh tak?”
            “Apa?”
            “Tolong angkatkan beg Ana yang masih ada dalam boot kereta.”
            “Oh…,ingatkan apa tadi. Abang dah angkatkan pun beg Ana tu. Ada dalam bilik tidur utama.”
            “Terima kasih.” Farhana menghadiahkan satu ciuman di pipi kanan Faris sebagai tanda penghargaan.
            Mereka mengemas bersama-sama. Tidak banyak barang yang perlu dikemas. Hanya pakaian mereka yang dibawa dari rumah mama di Changkat Jering.Hal ini berlaku kerana Farhana kerap mengunjungi rumah tersebut apabila dia ingin berehat, bersolat dan membersihkan diri sebelum pergi ke sesi latihan nasyid. Jadi, setiap kali kunjungannya ke situ, dia akan membersihkan rumah tersebut seperti membuang sawang,menyapu dan mengemop. Maka tidak hairanlah jika keadaan rumah itu sentiasa bersih dan tersusun.
            “ Ana…ni bilik apa?” Faris berasa hairan apabila melihat bilik yang tercatat “ Ghurfah A’mali.”
            “M asuklah. Baru abang boleh tahu.” Faris terus membuka bilik berkenaan. Faris agak terkejut apabila melihat keadaan di dalam bilik itu.
            “Wow…,cantik! Macam mini boutique. Ni semua baju customer?”
Farhana hanya menganggukkan kepala.
            “Kiranya ni kerja sambilan Ana,lah ya? Tak sibuk,ka?”
            “Ikut musim. Kalau musim perayaan, letihlah menjahit. Kalau waktu biasa, taklah sibuk sangat tapi tak tahulah selepas ni. Maklumlah ada orang baru nak datang. Doakanlah Ana dapat handle dengan baik ya.”
            “Insya-Allah Ana boleh handle.” Faris mengucup pipi kanan Farhana. Dia sangat kagum dan berbangga kerana mendapat isteri yang mempunyai pelbagai kemahiran.
            “Tak sia-sia abang paksa Ana kahwin dengan abang.”
            “Apa abang cakap?”
            “Ana…abang rasa Ana perlu tahu perkara sebenar. Abang tak nak hal ni akan menjadi punca sengketa antara kita pada masa akan datang jika Ana dapat tahu sendiri satu hari nanti.”
Faris segera masuk ke bilik dan mencari briefcasenya. Selang beberapa minit dia mencari sesuatu di dalam briefcase itu, dia menghampiri Farhana yang sudah berdebar-debar menanti di atas sofa ruang tamu yang lengkap dengan satu set media elektronik seperti televisyen 34 inci, speaker, alat pemain cakera padat dan lain-lain kelengkapan yang berkaitan dengannya.  
            “Ana ingat tak tentang CD ni?”
Farhana meneliti CD yang berada di tangan Faris.
            “Bukankah ini CD yang abang kata ada gambar-gambar panas Ana sewaktu abang paksa Ana kahwin dengan abang dulu?”
Faris hanya mengangguk kemudian terus memasukkan CD tersebut ke dalam alat pemain cakera padat.
            “Jangan mainkan. Ana malu.”
            “Ana…Ana kena tengok dulu.”
            “Tak nak. Ana tak nak tengok. Please….” Mata Farhana sudah berkaca. Dia ingin berlari masuk ke bilik tetapi segera dihalang Faris. Faris memeluk Farhana dengan erat.
            “Sayang…,abang kata tengok dulu.”
Farhana tiada pilihan. Dia terpaksa menurut arahan suaminya. Dadanya sudah berombak. Jantungnya berdebar-debar. Keadaan yang sama dialaminya pada hari dia diugut dan dipaksa berkahwin dengan Faris. Dia memejamkan matanya. Farhana sangat terkejut apabila dia membuka mata dan melihat ke arah televisyen yang menayangkan cerita lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul Tiga Abdul.
            “Apa maksud semuanya ini, abang?”
Farhana sudah merenung tajam dan tepat ke anak mata Faris.
            “Sebenarnya…abang tipu Ana. Dalam CD tu tak ada pun gambar-gambar panas Ana seperti yang pernah abang katakan.”
            “Jadi, apa motif abang buat Ana macam ni? Apa salah Ana sampai tergamak abang buat macam ni pada Ana?”
            “Ana…dengar dulu penjelasan abang.”
            “Tak nak. Ana tak sangka rupanya selama ni Ana kena tipu bulat-bulat oleh suami Ana sendiri.” Farhana sudah menolak tubuh Faris dan dia mahu berlari masuk ke bilik. Faris lebih pantas memegang pergelangan Farhana dan menarik Farhana ke dalam pelukannya semula.
            “Ana…listen to me.” Farhana mendiamkan diri dalam keadaan muka dipalingkan ke arah lain kerana dia tidak mahu menatap wajah insan di hadapannya kala ini. Dia berasa sangat tertipu.
            “Ana…abang terpaksa buat macam ni sebab…”
            “Sebab nak ambil kesempatan. Ya,kan Encik Faris?”
            “Abang terpaksa buat macam ni sebab abang dah jatuh cinta pada Ana sejak kali pertama abang jumpa Ana. Abang nak elakkan penyakit hati kerana memendam rasa. Abang takut abang akan kehilangan Ana kalau abang lambat bertindak sebab abang dapat tahu ada juga guru-guru lelaki di sekolah Ana yang merasai perasaan yang sama macam abang terhadap Ana. Abang nak masuk meminang cara baik tapi abang bimbang Ana akan tolak sebab Abang Firdaus pernah cakap yang Ana dah banyak kali tolak pinangan. Abang takut. Sebab tu abang buat macam ni.”
            “Dengan cara merosakkan anak dara orang? Begitu maksud abang?”
            “Memang pada awalnya abang berniat ke arah itu tapi abang tak tahu kenapa abang dapat merasai ada sesuatu yang menghalang.”
            “Jadi…abang tak buat perkara tak senonoh tu?!”
            “Tak, sayang.”
Kelihatan Farhana sedang menghembuskan nafas lega.
            “Kenapa Ana?”
            “Lega kerana hak suami Ana tak tercemar pada waktu tu.”
Farhana sudah mengukir senyuman manis. Faris terus mengucup wajah Farhana bertubi-tubi kerana lega dia berjaya memujuk insan yang sangat dicintainya. Lama mereka berpelukan.
*******************
Pertengkaran tidak lagi bergema.Tugas suri rumah yang sepatutnya dilakukan oleh Farhana juga kadangkala diambil-alih Faris terutamanya ketika Farhana tiada di rumah. Kalau Farhana ada di rumah, alamatnya Faris tiada peluang untuk melakukannya kerana Farhana pasti akan menghalang. Farhana akan membenarkan jika dia terlalu penat atau banyak kerja yang perlu diselesaikan. Satu petang Farhana pulang dalam keadaan letih. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah, dia terus mendarat di sofa. Dia tidur dengan nyenyak sehingga tidak menyedari kepulangan suaminya. Dia terjaga apabila ada tangan yang membukakan tudung dan sarung kakinya.
“Astaghfirullahal a’zhim…apa yang abang buat ni?”
“Lain kali kalau nak tidur, bukalah tudung dan sarung kaki ni ha…”
“Tak sempat nak buka. Letih sangat tadi. Bila abang balik?”
“Baru sampai. Anak abang hari ni buat apa?”
“ Macam biasalah. Kuat menendang.”
“Anak abi jangan nakal ya. Kesian ummi.” Faris mengusap perut Farhana yang sudah memboyot disebabkan usia kandungan yang hampir mencecah tujuh bulan.
“Abang…janganlah pegang. Geli…lah.”
            “Sayang, bilalah kita dapat tengok anak kita ni? Abang dah tak sabar nak tengok dia. Mesti comel,kan?”
Faris mengucup perut Farhana selepas usapannya tadi dihentikan Farhana.
            “Sabarlah…dah tak lama pun. Dua bulan lebih saja lagi. Sabar ek.”
Setelah itu, mereka pergi membersihkan diri dan solat Maghrib dan Isyak bersama-sama. Sebaik sahaja selesai, Farhana segera ke dapur untuk memanaskan lauk yang dimasak pada jam 3.00 petang tadi dan menghidangkannya di atas meja makan. Kemudian Farhana menghenyakkan punggung ke sofa sambil menonton televisyen sementara menanti Faris menyelesaikan urusannya di dalam bilik. Selang beberapa minit, Faris keluar dari bilik dan terus melangkah ke sofa yang diduduki isterinya lantas berbaring dalam keadaan meniarap dengan berbantalkan paha Farhana.
            “ Ana…abang letihlah.” Tangan kiri Farhana mengusap belakang suaminya. Manakala tangannya yang sebelah lagi mengampu kepala Faris.
            “Abang…Ana nak pergi kursus hujung minggu ni.”
            “Apa? Kalau tak pergi, Ana kena apa-apa tindakan tak?”
            “Abang…mana boleh macam tu. Nikan kerja Ana dan tanggungjawab Ana.”
            “Hemm…nasib badanlah. Mesti abang sunyi dan rindukan Ana nanti. ”
            “Abang…janganlah macam ni. Ana pergi tak lama. Tiga hari dua malam saja.”
            “Tiga hari dua malam saja Ana cakap. Tak lama Ana kata. Hei…alamatnya jadi pungguk rindukan bulanlah abang ni Ana.”
            “Kesiannya ya.” Farhana sengaja mengusik sambil tangan kirinya masih mengusap belakang Faris yang masih meniarap.
            “Aduh!” Tiba-tiba Farhana menjerit apabila Faris menggigit tangan kanannya.
            “Abang…jom kita makan. Kesian…punya lapar ya, sampai tangan Ana pun abang nak gigit.”
            “Ana…abang nak ikut boleh tak?”
            “Apa yang abang mengarut ni? Bukan abang ada banyak kerja,ka?”
            “Memanglah tapi…”
            “Kalau begitu, bagaimana nak pergi,sayang?”
Kedengaran Faris mendengus. Faris terus bangun dari ribaan Farhana kemudian memeluk bahu isterinya di sebelah.
            “Ana pergilah tapi jaga diri baik-baik ya. Sebelum abang tidur, abang akan call Ana. Jangan tak jawab pulak ya. Abang risau tak boleh tidur. Maklumlah sebelum ni tidur berteman. Tiba-tiba tak berteman. Tak ada bantal peluk.”
            “Oh…selama ni abang anggap Ana ni bantal peluk abanglah ya.”
            “Ya. Bantal peluk istimewa sebab pandai bercakap dan penyayang. Jomlah kita makan. Abang dah lapar ni.” Faris mengucup pipi kiri Farhana.      



Tiada ulasan: