Khamis, 14 Oktober 2010

Sudah jatuh ditimpa tangga



BAGAN SERAI, 6 Nov – Sudah jatuh ditimpa tangga....Begitulah peribahasa yang dapat menggambarkan rontaan jiwa seekor kucing yang tinggal di rumah tuannya kini yang terletak di Kampung Masjid Tinggi setelah kehilangan dua insan yang disayangi iaitu tunang dan ibunya.
            Tahun ini boleh dikatakan ‘aamul huzni’ iaitu tahun kesedihan bagi beliau kerana kehilangan insan tersayang dan tercinta dalam tahun yang sama dan dalam tempoh yang boleh dikatakan sangat singkat di antara kedua-dua kematian iaitu dua bulan.
            Pada 3 September yang lalu, tunang Hitam yang tidak diketahui namanya telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan sehingga mata mangsa terkeluar dari soketnya tanpa sengaja dan kini, tanggal 5 November, ibunya pula membuntuti jejak tunangnya itu kerana menghidap penyakit misteri.
            Hitam dikatakan mengalami demam terkejut sejak mendapat tahu ibunya pergi menghadap Ilahi pagi semalam.
            ‘’Walau bagaimanapun, kami redha dengan pemergian Along kerana kami yakin pasti akan ada penggantinya.Untuk pengetahuan semua, lebih kurang seminggu sebelum kematian Along, ada tiga ekor kucing telah menginap secara tetap di rumah kami.  Bulu mereka masing-masing berwarna hitam, hitam bertompok putih dan oren.’’ Kata Norfaiezah, anak kepada tuan Along.
            Oleh itu, setiap makhluk yang hidup perlu mengetahui bahawa kematian pasti akan menemuinya. Seruannya tanpa permisi.Marilah kita sama-sama bersiap sedia ‘’oleh-oleh’’ yang bakal dibawa menghadap Ilahi.-Nur Islami melaporkan.

Tiada ulasan: